Pelakon Shima Anuar telah selamat melahirkan anak kedua sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon filem Highlands Towers di Instagramnya.

“Alhamdulillah another beautiful journey. Everything went well. We are so happy to have our baby boy yesterday.

“Thank you Allah, thank you suami, thank you Dr Seri and thank you everyone yg selalu mendoakan sy. Meet my new boyfriend, Mikhael Imaan Bin Mohd Solih,” tulisnya.

Menerusi foto tersebut, Shima bersama suaminya,Mohd Solih sepakat memberi nama Mikhael Imaan kepada cahaya mata keduanya itu.

Lalu, rakan selebriti turut menitip ucapan tahniah buat Shima sekeluarga

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia.

Foto : Instagram Shima Anuar