“Deep Down In My Heart, I Feel Sorry For You,” – Masih Terima Komen Tak Baik, Peminat Titip Doa Buat Izreen Dan Kandungan

Share

Tidak dinafikan, masih ada yang mengecam dan mengkritik aktres berbakat, Izreen Azminda meski dirinya kini hamil enam bulan.

Lalu, Izreen Azminda FC ada berkongsi mesej personal yang dititipkan seorang peminat buatnya.

Prihatin akan nasib yang menimpa bintang terbabit, seorang netizen meluahkan rasa simpati dan menegaskan tidak adil apabila masyarakat asyik mengungkit kisah silam.

Assalamualaikum Izreen. Harini saya buka FB saya Nampak berita Izreen alami pendarahan teruk 3months pregnant kan.
Then, bila saya tengok ruangan comment, terlalu banyak kata2 tak baik untuk Izreen.
Deep down in my heart, I feel sorry for you. Its unfair for everybody to keep mentioning the same mistake.
Boleh effect Izreen, boleh effect baby dalam kandungan.
Takin tau… Allah ada..


Semoga Izreen sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. Istighfar mohon keampunan moga dapat kasih sayang Allah.
Be strong. Stay strong.”

Sedang hamil 6 bulan ketika ini, pelakon Izreen Azminda tidak pernah sunyi daripada kontroversi selepas perkahwinan kedua bersama Ude Wahid pada 8 Ogos tahun lalu.

Kerap kali dikecam dan dicop perampas, berita kehamilannya disambut sinis dan kata-kata nista adalah makanan harian pasangan ini. Lebih-lebih lagi apabila pelakon jelita ini pernah berkongsi pengalaman pendarahan teruk ketika hamil tiga bulan.

Emosi ibu mengandung selalu tidak stabil, dan sudah tentu ia akan mempengaruhi perkembang bayi dalam kandungan. MH harap Izreen tabah mengharungi ujian.

Foto – Instagram Izreen Azminda FC

Published by
Noraini Abd Wahab