“Degil Sangat Makan Pedas, Tanggunglah Sendiri…,” – Gastrik & Kurang Darah Merah, Vicha Masuk Hospital

Share

Pelawak, Vicha memaklumkan dirinya kini terpaksa menerima rawatan di hospital selepas disahkan mengalami gastrik sejak beberapa hari yang lalu.

Menurut Vicha, salah satu punca dia diserang gastrik adalah disebabkan tabiatnya yang gemar makan makanan pedas sehingga membuatkan perutnya itu berasa amat pedih.

Katanya lagi, doktor juga telah mengesahkan dia turut mengalami masalah kekurangan darah merah yang menyebabkan dia sering kali sakit kepada

“Nah kan degil sangat makan pedas terus tanggunglah sendiri akibatnya admit sebab gastric. Dah seminggu ni pedih perut yang teramat sangat sampai tak boleh tahan dah minum obat gastric pun tak jalan.

“Hmm so doktor cakap kena admit and chek takut ada apa-apa and ya lepas semalam buat scoop, cek darah dan lain-lain, memang gastric , and dokter pun dapatkan yang saya kurang darah merah hmm patulah selalu pening kepala,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelawak asal Indonesia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu, Vicha turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menjaga kesihatan terutamanya ketika musim pandemik ini.

Malah, Vicha juga turut berharap agar semua dapat mendoakan semoga kesihatannya kembali pulih seperi sedia kala.

“So, kawan-kawan jaga diri korang tau kita tak pernah tahu bila-bila masa je kita boleh sakit, berbagai penyakit ni ada di sekeliling kita so u guys kena hati-hati yaa. Love u all doakan saya yaa cepat pulih kembali. amin yra,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa risau selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Vicha.

“MasyaAllah Cha, moga semuanya baik-baik sahaja ya Cha.

“Semoga dipermudahkan dan baik-baik sahaja Vicha.

“Get well soon Vicha. Aku nak tengok video kau makan bakso lagi. Cepat sembuh.

“Sayang you jangan makan pedas tau. Jaga diri baik-baik Cha,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Sekadar informasi, selain membintangi banyak program-program lawak, Vicha juga aktif menerusi saluran Youtube miliknya yang sering kali berkongsi video-video bermotifkan ‘mukbang’.

Sumber: Instagram Vicha

Published by
Aizam Manaf