Pelakon terkenal, Ashton Kutcher dan Mila Kunis memuatnaik video klip meminta maaf di atas surat sokongan yang mereka tulis untuk rakan industri mereka Danny Masterson, yang dijatuhi hukuman penjara 30 tahun pada Khamis lepas kerana merogol dua wanita di rumahnya di California pada awal 2000-an.
Dalam video itu, mereka memohon maaf atas kecederaan emosi dan mental yang mungkin dialami oleh pihak mangsa dek kerana surat sokongan tersebut.
Surat sokongan ditujukan untuk dibaca oleh hakim dan bukan untuk menjejaskan keterangan mangsa atau mencederakan mereka semula dalam apa cara sekalipun,” kata Kutcher.
“Kami tidak akan sekali-kali mahu berbuat demikian, dan kami memohon maaf jika itu telah berlaku,” jelasnya lagi.
Kunis menambah: “Hati kami turut bersedih kepada setiap individu yang pernah menjadi mangsa serangan seksual, penderaan seksual atau rogol.”
Terdahulu, pelakon The 70s Show itu menggambarkan Masterson sebagai manusia yang baik dan “role model” untuk orang lain di dalam surat sokongan tersebut.
Surat daripada mereka itu dilaporkan ditulis pada bulan Julai dan Ogos – sejurus selepas Masterson didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol semasa perbicaraan yang melibatkan tiga wanita pada Mei, menurut Associated Press.
Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, keluarga suspek telah meminta pasangan itu untuk menulis surat sokongan selepas pelakon itu disabitkan kesalahan.
Kritikan untuk video permohonan maaf dan surat sokongan yang tersebar luas itu turut meraih reaksi negatif dari Chrissie Carnell Bixler, salah seorang mangsa Masterson yang turut mengutuk tindakan pasangan itu menerusi siaran Instagram Story beliau.
Selain itu, peminat mereka turut berasa kesal dan kecewa dengan sokongan Ashton dan Mila terhadap perogol yang telah disabitkan kesalahan tersebut.
Majoriti warganet juga menuduh mereka hipokrit, memandangkan Ashton sebelum ini amat aktif dalam kegiatan perjuangan hak kanak-kanak daripada pemerdagangan dan penderaan seksual.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Hollywood Buzz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI