“Bagi saya apa yang dilakukan ini adalah daripada ummah, kepada ummah balik. Kalaulah dapat RM10 juta keuntungan pun, saya hanya makan nasi sepinggan, tak makan selori. Akan tetapi, lori yang sama kita boleh kongsikan kepada ramai orang.”

Demikian objektif yang dikongsikan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (Madad), Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof apabila institusi berkenaan akan menjadi sebuah pusat komuniti Islam pertama bertaraf antarabangsa di negara ini.

Beroperasi di Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah sedang membangunkan pusat komuniti di kawasan seluas tiga hektar sejak 2018 dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Lebih menarik, pihaknya juga memilih konsep mendekati golongan muda (gen-Z) demi memastikan golongan ini kekal melakukan aktiviti bermanfaat.

Dekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti Islam Dekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti Islam Dekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti Islam

“InsyaAllah pembinaan stadium e-sports akan dimulakan pada Ogos depan. Ia bakal jadi lokasi golongan sasaran untuk datang ‘main games’. Kita buat tempat khas, tapi bila tiba waktu solat, kita sama-sama berjemaah.

“Kita tak boleh nafikan, kebanyakan anak-anak kita ramai yang ‘main games’. Tegur pun mungkin ada yang tetap main. Kalau kita tak mampu berlawan, mengapa tidak untuk kita ‘berkawan’. Kita raikan mereka dan pada masa sama mendidik,” katanya.

Ads

Selain itu, bagi kesesuaian semua peringkat masyarakat, pusat komuniti itu akan dilengkapi dengan sebuah pusat tahfiz integrasi, masjid berasaskan ilmu falak, kapsul hotel dan pengurusan jenazah.

“Apa yang lebih membanggakan, semuanya bakal dinikmati secara percuma. Konsep yang diketengahkan itu bersesuaian dengan misi penubuhan Madad untuk menjadi organisasi yang menyediakan pendidikan, dakwah, amal dan sistem automasi untuk ummah.

“Pusat komuniti itu akan dilengkapi dengan sebuah masjid berasaskan ilmu falak dan beroperasi 24 jam yang diinspirasi Masjid Nabawi di Madinah dan kapsul hotel dengan nilai RM6.3 juta.

“Turut dibina adalah pusat tahfiz integrasi dan pusat pengurusan jenazah, rumah warga emas, hub sukan sunah (memanah, berenang, berkuda) serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah.

Ads

“Pusat komuniti Islam itu mampu dijadikan satu kenyataan kerana buat masa sekarang, Madad mempunyai ekosistem sendiri untuk memperoleh pendapatan pada setiap bulan dalam tempoh jangka masa panjang. Jumlah pelajar yang mengikuti pengajian di Madad adalah seramai 40 orang yang berusia antara 12 sehingga 14 tahun.

“Pada masa sama, kami mengusahakan pelbagai perniagaan seperti pelaburan saham dan kripto patuh syariah, percetakan buku digital dan beberapa perniagaan lain. Syukur kerana buat masa ini, Madad menjana pendapatan menerusi pelaburan saham dan kripto yang melebihi RM1 juta dan percetakan digital pula kira-kira RM100,000 sebulan.

“Selain itu, kami menjana pendapatan lain yang melibatkan jualan hasil pertanian dan penternakan yang meraih pendapatan yang boleh mencecah sehingga RM200,000 sebulan,” ujarnya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran ‘Ramadan Bersama Ekonomi Kita’ baru-baru ini.

Dekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti Islam Dekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti Islam Dekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti Islam

Ads

Tambah Yaakub, ketika ini pihak Madad masih bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk membiayai kos pengajian pelajar terbabit.

“Buat masa sekarang Madad masih dalam fasa pembangunan, maka kita masih memerlukan bantuan dan Insya-Allah di masa hadapan, kita mempunyai impian untuk tidak buat apa-apa kutipan lagi,” katanya lagi.

Terdahulu, Madad dikenali sebagai Pusat Dakwah Darul Murtadha dan pusat komuniti Islam itu merupakan inspirasi abangnya, Allahyarham Ustaz Murtadha Mohd. Yusof yang meninggal dunia dalam kemalangan pada Januari 2018.

Dekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti Islam Dekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti IslamDekati Golongan Gen-Z, Projek Stadium e-Sport Bakal Dibina Madad; Niat Realisasi Pusat Komuniti Islam

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/wbpSJGECSsY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI