Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan situasi kesihatan dirinya sejurus pulang dari menjalani penggambaran di Perak, lebih sebulan lalu.
Fizz mendakwa, ada ‘sesuatu’ yang mengikutnya pulang hingga menjejaskan tahap kesihatan serta keharmonian bersama isteri dan anak-anak.
“Saya menjalani penggambaran di sebuah lokasi di Gopeng sebelum ini dan kata orang, ada suatu kawasan yang sinonim dengan beradaan ‘benda’ yang macam-macam.
“Saya tiba di situ kira-kira jam 4.00 petang selepas Asar dan terus ke lokasi penggambaran tapi belum lagi ‘shooting’ pada ketika itu.
“Kemudian sekitar 5 ke 10 minit saja berada di situ, badan saya rasa seram sejuk. Ketika itu saya bersama seorang ustaz, yang saya difahamkan dia baru sahaja mengubati Nazim Othman. Selepas itulah saya kena.
“Selepas tiga hari penggambaran saya terus pulang Kuala Lumpur dan dalam lebih seminggu, demam tak kebah dan dada rasa seperti ditekan, tak boleh nak bernafas.
“Malah makan minum pun muntah. Kepala rasa berat dan rasa tak larat sangat. Ketika itu saya jadi resah dan macam bukan diri-sendiri. Tak boleh nak berborak dengan anak-anak, ‘panas’ dengan isteri. Duduk dalam rumah tak boleh, jadi macam lemas. Saya juga suka termenung seorang sendiri” katanya.
Fizz bagaimanapun negatif selepas menjalani ujian saringan Covid-19.
Dalam pada itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu turut mendedahkan, gangguan tersebut berlaku selama dua minggu.
“Jadi ‘benda’ itu menumpang dalam badan saya selama dua minggu dan dalam tempoh tersebut, y masuk wad dua kali. Lalu saya hubungi ustaz dan berkongsi apa yang berlaku.
“Ustaz menasihatkan saya, sepatutnya membersihkan diri terlebih dulu sebelum pulang ke ibu kota,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) di Hotel Royal Chulan, Damansara, di sini, baru-baru ini.
Fizz turut memaklumkan selepas kejadian, dia kembali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah gastik yang teruk dan sehingga kini dia mengambil menu diet sihat bagi mengelakkan perkara sama berulang.
Terdahulu, isterinya, Datin Almy Nadia berkongsi keadaan kesihatan suaminya itu yang menerima rawatan di hospital.
Almy, hampir dua minggu jadual pemakanan suaminya terganggu akibat asid dalam bahagian perutnya semakin meningkat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Fizz Fairuz