Vokalis kumpulan Exists, Mamat mendedahkan dirinya masih lagi melaporkan diri ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Johor Bahru berikutan isu penyalahgunaan dadah pada tahun 2019.
Menurut Mamat, pergerakannya masih lagi perlu dipantau dan harus mendapatkan kebenaran daripada agensi tersebut sebelum keluar dari Johor.
“Bermula awal tahun ini, saya perlu melaporkan diri kepada AADK Johor Baharu jika mahu keluar kawasan untuk urusan kerja dan lain-lain.
“Selain itu, pada setiap sebulan, saya perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan agensi sebagai syarat dalam tempoh pemulihan.
“Saya tidak kisah mengikuti peraturan yang ditetapkan. Hal ini demi kebaikan saya juga dan saya juga tidak terasa terbeban dengan syarat ini,” katanya kepada MH.
Mamat berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran album live Exists Reunion X Shiraz Music yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center pada Rabu.
Ads
Bercakap mengenai konsert jelajah Exists yang dijadualkan akan berlangsung pada tahun hadapan, Mamat memaklumkan segala urusan perjalannya untuk menjalani sesi latihan di Kuala Lumpur telah pun diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur.
Lantaran itu, dia tidak merasakan perjalanan ulang alik itu sebagai satu masalah.
“Alhamdulillah, segala urusan membabitkan kumpulan Exists akan diuruskan oleh pihak Shiraz Muzik.
Ads
“Saya pun tiada masalah untuk alang alik demi urusan kerja.
“Saya pun ada menjalankan perniagaan menjual makanan berhampiran di kawasan rumah saya. Jadi saya memang kerap ulang alik.
Ditanya mengenai desas desus bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat, penyanyi yang popular menerusi lagu Untukmu Ibu itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Ads
“Buat masa sekarang, tiada apa yang perlu saya jelaskan. InsyaAllah tapi no comment for now,” ujarnya.
Terdahulu, Mamat atau nama penuhnya, Mohd Ali Kamarudin telah ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada jam 11.30 malam kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.
Insiden tersebut berlaku beberapa minggu sebelum Konsert Reunion Exists pada 28 September 2019.
Susulan insiden itu, Mamat difahamkan telah menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Exists dikhabarkan bakal mengadakan konsert jelajah pada tahun hadapan bermula di Singapura dan berakhir di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meraikan hari jadi dalam suasana makan malam, aktres Fasha Sandha turut menitipkan ucapan indah bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu mentuanya, Rokkiah Md Noor.
Meriah dihadiri ahli keluarga dan suami yang juga pelakon, Aidil Aziz, layangan kata indah daripada pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu nyata mencuri perhatian peminat.
“The best mil in the world, my mother in law. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata yang manis, dan selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.
“Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya tu dapat nak digambarkan dengan kata-kata,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.
Dia pada masa sama turut mendoakan yang baik-baik buat ibu mentua yang disayangi.
“Happy birthday ibu, terima kasih kerana menjadi ibu mertua terbaik buat Sha, kak Nurul dan Allya. Kami selalu bersyukur ada ibu mertua yang terbaik.
“Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki , bahagia, dan diberikan kesihatan yang baik. I love you ibu, we love you.
“I love you ibu, ibu tak main FB tak main Instagram, sbb ibu tak minat media sosial, tak dapat nak tag ibu. Happy belated juga buat achu,” tulisnya.
Sementara itu, Aidil turut menitipkan doa buat ibu sambil berkongsi beberapa lampiran foto mereka sekeluarga.
Usahawan selebriti, Puteri Zarith lebih tenang apabila memandang segala ujian yang datang kepadanya sebelum ini sebagai sesuatu yang positif yang memberikan pengajaran.
Ini kerana, dalam komited mengendalikan bisnes dan menguruskan dua cahaya mata, Puteri turut berdepan dengan masalah rumah tangga dan kini sedang dalam proses perceraian.
“Ujian yang datang membuatkan saya menjadi wanita yang lebih kuat. Saya mahu terus maju dan memandang ke hadapan.
“Saya anggap ujian yang datang ada hikmah. Allah uji sebab Dia sayang. Alhamdulillah saya mempunyai ‘support system’ yang bagus seperti ahli keluarga. Syukur,” katanya.
Puteri ditemui di majlis pelancaran produk bawah jenama baharu, PZ yang mengelurkan minuman bakar lemak The Teh Tarix dan The Matcha di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk rekod, Puteri Zarith sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa artis seperti Mira Filzah, Marion Caunter dan Nora Danish, jenama PZ kali ini diusahakan sendiri tanpa kolaborasi dengan mana-mana selebriti.
Tambahnya lagi, dia juga mahu mencari kelainan selepas 10 tahun melibatkan diri dalam dunia bisnes.
“Saya pernah muncul dengan produk sendiri iaitu Olicandy dan bersyukur ia mendapat sambutan positif. Saya juga dikenali dengan kolaborasi bersama beberapa selebriti.
“Namun kali ini, PZ saya usahakan sendiri dan mahu bermula dari kosong. Saya lakukan semuanya sendiri dan mahu mencabar diri.
“Saya berharap produk ini mendapat sambutan sebagaimana dengan produk hasilan sebelum ini,” katanya lagi.
Minuman bakar lemak The TehTarix dan The Matcha melalui produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih enam bulan sebelum ia dilancarkan.
Majlis pelancaran telah dihoskan oleh Awal Ashaari selain tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Khai Bahar.
Antara rakan artis yang hadir memberikan sokongan termasuk Intan Najuwa, Scha Al Yahya, Amir Ahnaf, Nazim Othman, Farahdhiya dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fauzi Nawawi ada meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang telah menyalahgunakan foto keluarganya untuk tujuan promosi di laman media sosial.
Tambahan pula, foto tersebut digunakan tanpa kebenaran dan keizinan oleh dirinya.
Suami kepada pelakon Lisdawati ini menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu sikap yang tidak bertanggungjawab.
“Salam semua semoga anda dan Keluarga dilindungi Allah dari kesulitan dan kesusahan hidup ..
“Saya tak suka nak marah 2 pepagi ni tapi tolong lah jgn buat hal yg boleh menaikkan nafsu Amarah org lain dgn buat kerja tak betul ni ..
“pada acc FB dan insta yg Saya post ni tolong delete gambar Saya dan family yg Tak de kena mengena dgn pelaburan anda kami tak tahu menahu pun ttg pelaburan tu dan gambar kami sekeluarga dijadikan alat utk menarik minat pelabur Kalau minta izin at least kami tahu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fauzi memberitahu akan memgambil tindakan untuk membuat laporan polis sekiranya pihak tersebut tidak memadam foto berkenaan dalam tempoh 12 jam.
“Kalau pelaburan tu sejenis scammer !!?? Apa jadi pada pelabur dan Keluarga Saya ??? Saya minta sgt acc ni di delete dlm masa 12 jam dari sekarang atau Saya akan buat laporan polis ..
“Saya tak kisah Kalau gambar kami digunakan utk tujuan promosi produk atau program yg manfaat! Tapi jgn salah gunakan .. Saya berterima kasih pada yg tolong bgtau Saya ttg akaun2 fake yg menguna pakai gambar artis dan celebriti
“Saya Harap sgt anda semua bg kerja sama pada kami sebelum lebih ramai lagi yg teraniaya#fakeaccount #policereports #fauzinawawi,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Fauzi Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!