Demi Nak Langsing, Zahida Rafik Sanggup Ulang 20 Kali Angkat Berat, Kaki Pula Terbeban 6Kg!

Share

Penat, letih dan bermalas-malasan perlu ditolak tepi sekiranya mahu memiliki bentuk badan yang ideal.

Itulah situasi dijauhi bintang cantik, pelakon Zahida Rafik yang amat menitik beratkan penjagaan tubuh badan yang sihat dan langsing.

Malah, bintang filem Anak Mami The Movie ini juga sering ke pusat gimanisum untuk memiliki bentuk badan ideal, meski pelbagai cabaran yang dilakukan.

Antaranya, terpaksa menahan beban di kaki sebanyak 6 kilogram.

“Dengan berat 6kg dekat ankle..then berat atas bahu tu lagi,  duhhhhh..then dengan super set, each set 20rep x 6 set. sabar lah ZR, I struggle but i still didit #beingstrong

 #beingfit#beinghealthy #fitness #gym#mycrazyhappiness 

“P/S ok this exercise is so gud for our bum2 and legs, selamat mencuba,” tulis Zahida sambil disertakan video senaman di gim. 

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 10,000 tontonan dan dihujani komen pelbagai dari netizen.

Selain itu, pelakon berdarah Melayu-Pakistan ini juga turut mengamalkan cara hidup sihat seperti yoga.

Video : Instagram Zahida Rafik

Published by
MH