“Demi Peminat Gagahkan Jua,” – Biar Bintik-Bintik Merah Naik Sampai Tangan Dan Muka, Dalam Alergik DJ Lin Tetap On Air

Share

Penyampai radio, Dj Lin ada memaklumkan seluruh anggota badannya telah diserang alahan dan kegatalan sejak semalam.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram, kelihatan bintik-bintik merah telah mula mememuhi bahagian muka serta tangan dan DJ Lin dikatakan masih belum mengetahui punca alahan tersebut.

Meskipun diserang alahan, Dj Lin memberitahu dia tetap memutuskan untuk ke udara agar tidak menghampakan para peminatnya.

 “Allergic pulak. Tak tau kenapa tapi demi peminat Dj Lin gagahkan jua untuk on air Suria Cinta di Suria FM malam ini,” tulisnya.

Berkongsi perkembangan pada hari kedua, pemenang Anugerah Penyampai Radio Paling Popular 2020 ini mendedahkan alahannya itu dilihat masih lagi tidak berkurangan meskipun sudah mengambil beberapa jenis ubat-ubatan.

 “Hari kedua Dj Lin kena allergic dah makan macam-macam ubat tapi tak kurang pun. Makin gatal adalah. Walau apapun, demi peminat tersayang, Dj Lin tetap akan on air temankan anda jam 8 malam ini dalam Suria Cinta di Suria FM,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan semoga Dj Lin akan segera sembuh.

Sumber: Instagram DJ Lin

Published by
Aizam Manaf