Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ada memuat naik sekeping foto, menyaksikan dirinya bersama para penyokong pasukan Malaysia yang lain sedang menuju ke Stadium Bukil Jalil, awal malam tadi dengan menaiki pengankutan awam.
Sambil meminta agar para penyokong Harimau Malaya yang datang memenuhi stadium Axiata Bukit Jalil agar tidak merokok dan membuang sampah merata-rata, menteri muda ini turut meminta laungan dan sorakan penuh buat skuad negara yang seri 2 sama menentang Vietnam.
Foto yang dimuat naiknya itu sudah pun viral dan menerima pelbagai komen netizen.
Bagaimanapun beberapa jam lalu, namanya kembali menjadi sebutan apabila cuba meminta Perdana Menteri, Tun Mahathir agar dilambatkan sedikit mesyuarat kabinet kerana menonton bola.
Namun menurutnya, Tun M memberitahu jam 8.00 beliau sudah masuk pejabat. Lalu, perkongsiannya itu turut mendapat reaksi spontan netizen.
Foto: Syed Saddiq