Baru-baru ini, pelakon Daler Yusuf ada berkongsi sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, kelihatan pelakon berdarah kacukan Uzbekistan itu sedang menikmati makanan yang sinonim dengan negeri Kelantan iaitu Budu.
“Make budu terus kecek Kelate boh,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Titian Cinta itu menjadi perhatian peminat
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat turut bertanya adakah Daler tahu memakan Budu.
“Demo pandai ko make budu?,” tulis peminat diruangan komen entri berkenaan.
Lalu, pelakon berusia 28 tahun ini telah memberi reaksi terhadap komen tersebut.
“pandai,” tulisnya ringkas.
Sekadar informasi, Daler atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad memulakan karier sebagai seorang pelakon di Malaysia sekitar tahun 2015.
Foto: Instagram Daler Yusuf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI