Pelakon Datin Paduka Eina Azman telah berkongsi berita sedih menerusi akaun Instagram miliknya.
Eina atau nama sebenar Ainur Syakina Azman telah memaklumkan bahawa datuknya telah meninggal dunia.
“Salam semua, dgn berat hati Eina ingin sampaikan , Aki Eina telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam 11 May 2019.
“Beliau telah selamat dikebumikan pagi tadi. Mohon anda semua sedekahkan al fatihah kepada arwah- Haji Abdul Rafar Bin Haji Din. It is indeed a sad news for all of us.
“The first video took by my mum the night before, was him singing the song that he keep singing to all of us since we were little kids.
Ads
“Allahuakbar .. lagu “Mari Sembahyang” mmg lagu fav aki nyanyi utk we all n aki me nyanyi utk terkhir kalinya n thanks to mummy @amyroshaida288 yang menjaga aki since day 1 sampai la aki meninggal smlm d dalam pangkuan mummy aki bru kahwin dengan tok semua tak sampai setahun n now tinggalkan tok sendiri lg .
“Tak dapat aki nak pakai baju melayu warna hijau yang aki nak pakai dgn tok Raya tahun ni eina sayang aki n will always miss u aki semoga aki ditempatkan di kalangan org2 yang soleh dan beriman. Aminnnn @datopadukakaiser @amyroshaida288
Penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie rela berkorban untuk menolak tawaran-tawaran solo demi memberikan sepenuh tumpuan terhadap kumpulan Wings.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
“Kami cari makan menerusi persembahan. Anggota kumpulan Wings semua ada isteri, anak dan cucu. Mereka memerlukan saya untuk cari rezeki.
“Kalau saya tiada atau sibuk dengan penggambaran, mereka nak makan apa? Jadi, saya memang berfikir panjang.
“Kalau saya pentingkan diri atau nak senang sendiri, saya sudah senang lama. Namun, saya ada sahabat yang perlu dijaga,” katanya kepada MH
Katanya lagi, disebabkan rasa sayang yang mendalam terhadap kumpulan Wings, penyanyi lagu Di Penjara Janji ini tidak mahu mementingkan diri sendiri.
“Bukan dalam kumpulan muzik sahaja, dalam politik atau apa juga badan organisasi, kalau kita pentingkan diri, kita hanya akan senang seketika tapi hilang sahabat atau keluarga selamanya.
“Saya tak nak perkara itu berlaku dalam Wings. Jadi, tak mengapalah kalau saya berkorban. Apa-apa tawaran solo, saya akan tolak untuk utamakan Wings.
“Saya sanggup tinggalkan tawaran solo kalau Wings dapat tawaran persembahan walaupun bayarannya mahal. Saya bukan nak kata saya baik tapi secara tidak langsung, Allah akan bagi rezeki lain,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Awie turut mendedahkan keterujaannya terhadap bidang lakonan sudah tidak seperti dahulu selepas pemergian pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.
“Saya sudah menolak hampir empat tawaran filem. Saya rasa sudah tidak mampu lagi untuk hanya duduk dan buang masa. Kalau dua minggu saya tak berlatih, energi suara akan menurun.
“Saya hanya akan berlakon dengan Rumah Produksi Merah (RPM). Sejak Abang Mamat Khalid meninggal, saya rasa Hussein pun dah pergi sekali.
“Dalam produksi Mamat Khalid ini, kami dah macam keluarga. Jadi, bila nak masuk ke set lain dan mengenali orang baharu, rasanya agak lain,” akhirinya.
Terdahulu, selepas kejayaan di Singapura dan Kuala Lumpur, Konsert Wings The Rock Emperor bakal diteruskan lagi di Pulau Pinang pada 24 Febuari nanti.
Tiket Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chaper telah dijual bermula pada harga RM95 (Free Seating/ Standing), RM155 (Rock Zone), RM158 (Rock Silver), RM188 (Rock Gold) dan RM258 hingga RM315 (VIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan pelakon Datuk Aaron Aziz bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara mereka berdua.
Menurut Syamsul, 39, dia enggan memberi komen lanjut kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
“Saya tiada masalah untuk berjumpa (Aaron Aziz). Saya pun enggan komen panjang isu ini.
“Kalau saling berbalas komen, isu ini tidak akan habis,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai adakah semua isu dan kemelut yang melanda dirinya kini termasuk hal pergolakan rumah tangga mengganggunya dalam memberi tumpuan terhadap kerja, Syamsul menjelaskan buat masa ini dia mengambil kesempatan berehat di bulan Ramadan daripada terlibat dalam sebarang penggambaran filem.
“Apabila berlaku begini, berdepan dengan pelbagai ujian, saya okey sahaja.. Alhamdulillah.
“Ia juga tidak menjejaskan kerja saya di lokasi penggambaran cuma sekarang kita sedang berpuasa, jadi saya ambil masa berehat.
“Apa yang jadi dalam kehidupan ini saya reflek balik untuk muhasabah diri.
“Kita tak tahu mungkin kita rasa apa yang terbaik untuk kita, tetapi Allah Maha Mengetahui.. hanya mampu bersangka baik,” katanya lagi.
Terdahulu, isu di antara Syamsul dan Aaron mula hangat diperkatakan selepas pelakon kelahiran Singapura itu mendakwa namanya digugurkan daripada senarai pelakon filem The Original Gangster.
Syamsul menerusi sidang media pada dua minggu lalu menjelaskan Aaron terpaksa digugurkan berikutan masalah kesihatan selain faktor umur dan berat badan pelakon tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramai yang memberikan reaksi sejurus pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina mengumumkan mereka kini sudah membawa haluan masing-masing, pada Khamis.
Malah, nama bekas penyanyi, usahawan dan aktivis kemanusiaan ini juga turut dikatakan telah trending di kebanyakkan platform media sosial.
Kami bariskan beberapa trivia menarik mengenai Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman.
Dilahirkan pada 1 Julai 1980, Mizz Nina ialah anak kepada Pengerusi Emeritus/Penasihat Kehormat AMMB Holdings Bhd (AmBank Group), Tan Sri Azman Hashim.
Pada tahun 1997, Mizz Nina menganggotai kumpulan hip hop, First Borne Troopz yang kemudiannya dikenali sebagai Teh Tarik Crew (TTC). Selain Nina, TTC turut menampilkan tiga ahli lain iaitu Altimet, Dj Fuzz dan Fiquetional.
Setelah berjaya melancarkan tiga buah album, TTC kemudian dibubarkan pada 2009 selepas kesemua ahli kumpulan memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.
Tidak terhenti di situ, Mizz Nina meneruskan kerjaya nyanyiannya secara solo dan melancarkan album pertama pada tahun 2010, berjudul What You Waiting For.
Dalam album tersebut, Mizz Nina berkolaborasi bersama tiga orang penyanyi antarabangsa seperti Theo Martins menerusi lagu “Let Me C U Get It”, Colby O’ Donis (What You Waiting For) dan Planet Asia (Hope).
Setelah kejayaan album tersebut, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini juga terus mencipta sensasi apabila turut berkerjasama dengan penyanyi rap Amerika, Flo Rida dan menerusi lagu Takeover dan turut mengeluarkan single, Around The World menampilkan superstar Korea-Amerika, Jay Park.
Mizz Nina juga turut pernah menghasilkan jenama fesyennya sendiri, Mizz Demeanor.
Pada 2013, perubahan Mizz Nina nyata telah mengejutkan ramai pihak setelah dia memutuskan untuk berhijab sepenuhnya selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah.
Sejak daripada itu, Mizz Nina tidak mahu lagi digelar sebagai penyanyi meski terdapat permintaan untuknya menyanyikan lagu berentak kerohanian.
Dalam pada itu, Mizz Nina turut memaklumkan dia dan bekas suami pernah sedaya upaya meminta video-video lamanya ketika menjadi penyanyi dipadam di internet.
Sepanjang penghijrahannya itu, Mizz Nina turut aktif dalam aktiviti dakwah seperti melancarkan aplikasi Qalby Apps dan turut menyertai misi-misi kemanusiaan di bumi bergolak.
Terdahulu, Mizz Nina telah mendirikan rumahtangga pada 2 Julai 2011.
Setelah 11 tahun berkahwin, pasangan ini memutuskan untuk mengambil anak angkat yang diberi nama Musa selepas usaha untuk menjalani prosedur rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) tidak berhasil.
Semalam, Mizz Nina dan Noh mengumumkan mereka kini telah bercerai dan bakal membawa haluan masing-masing.
Apapun, kami di MH tetap mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina dan Noh. Kami percaya setiap yang berlaku itu pasti punyai hikmahnya yang tersendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Mizz Nina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur gembira atas perkahwinan abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail bersama penyanyi Singapura, Aisyah Aziz, pada...