Pelakon Datin Paduka Eina Azman telah berkongsi berita sedih menerusi akaun Instagram miliknya.
Eina atau nama sebenar Ainur Syakina Azman telah memaklumkan bahawa datuknya telah meninggal dunia.
“Salam semua, dgn berat hati Eina ingin sampaikan , Aki Eina telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam 11 May 2019.
“Beliau telah selamat dikebumikan pagi tadi. Mohon anda semua sedekahkan al fatihah kepada arwah- Haji Abdul Rafar Bin Haji Din. It is indeed a sad news for all of us.
“The first video took by my mum the night before, was him singing the song that he keep singing to all of us since we were little kids.
“Allahuakbar .. lagu “Mari Sembahyang” mmg lagu fav aki nyanyi utk we all n aki me nyanyi utk terkhir kalinya n thanks to mummy @amyroshaida288 yang menjaga aki since day 1 sampai la aki meninggal smlm d dalam pangkuan mummy aki bru kahwin dengan tok semua tak sampai setahun n now tinggalkan tok sendiri lg .
“Tak dapat aki nak pakai baju melayu warna hijau yang aki nak pakai dgn tok Raya tahun ni eina sayang aki n will always miss u aki semoga aki ditempatkan di kalangan org2 yang soleh dan beriman. Aminnnn @datopadukakaiser @amyroshaida288
Lantas, pelakon yang berusia 24 tahun itu telah menerima ucapan salam takziah daripada peminat.
MH juga turut mengucapkan salam takziah kepada Eina.
Foto : Instagram Eina Azman