
Usahawan selebriti, Mila Jirin syukur nikmat selepas sukses kini melebarkan sayap perniagaan perancang perkahwinan dan katering miliknya di selatan tanah air, Iskandar Puteri, Johor.
Selain menyifatkan ia satu kejayaan, Mila atau nama lengkapnya Noorsyarmilla Jirin menyatakan rasa syukur apabila perniagaannya kini semakin berkembang maju.
“Alhamdulillah… Dengan izin ALLAH, projek BIZMILLA (2 Banquet Hall) di Eco Galleria, Iskandar Puteri SIAP dan SYUKUR semua urusan dipermudahkan oleh Allah,” tulisnya di Instagram.
Meski telah berjaya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini bagaimanapun memberitahu ia bukan satu hal yang mudah untuk dikecapi.
“Tak ada pekerjaan yang MUDAH tetapi dengan Izin Allah yang maha Kuasa, Insya Allah. Allah bantu untuk mudahkan urusan pekerjaan kita. #Alhamdulillah TAHNIAH team #Bizmilla @isz_mustapha @bizmilla_wedding_centre,” tulisnya lagi.
Link posting
Selain di Johor, Mila turut kembangkan lagi perniagaannya di Putrajaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Hadapi ‘Zaman Gelap’ Dan Hina! Kini Asyalliee Buktikan Dia Mampu Kaya Dan Berjaya Hasil ‘Titik Peluh’ Sendiri

Isi Kandungan
TogglePernah dihimpit dengan kemiskinan dan bergelar anak yatim piatu sejak zaman persekolahan lagi hingga terpaksa menempuh liku kehidupan tanpa figura penting, ibu dan ayah. Pengasas empayar perniagaan Loveliee Beauty dan Asyalliee Group terus cekal mengorak langkah menggapai kejayaan.
Pemilik nama penuh, Siti Syasya Rosaelmi Baba atau lebih dikenali sebagai Asyalliee akui, merasa sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan berkongsi kejayaan yang diraih hari ini bersama kedua orang tua.
Kehidupan Asyalliee hari ini menjadi inspirasi ramai kerana dia mampu memiliki semua yang diidamkan individu seusianya. Ada suami penyayang, anak-anak comel, bisnes maju, rumah besar, kereta mewah dan populariti.
Asyalliee Dedah ‘Zaman Gelap’ Dan Berdepan Hinaan Sebelum Berjaya!
Namun bagi empunya diri, perjalanan hidupnya tidak seindah yang disangka. Sejak kecil dia sering dilemparkan dengan kata-kata sindiran dan hinaan daripada orang sekeliling kerana taraf keluarganya yang miskin.
“Dari kecil sejak arwah ayah meninggal, saya lalui kehidupan susah dengan arwah mak sebab arwah mak kerja sebagai tukang masak di kedai. Kami hanya mampu tinggal di suatu tempat sempat yang saya sifatkan bukan sebuah rumah pun. Waktu tu ramai hina arwah mak.
Mak orang Thailand, dengan kerja sebagai tukang masak ramai yang hina dan tak suka dia. Tapi arwah mak sangat kuat dan kalis kecaman. Disebabkan kehidupan kami yang sangat susah waktu itu, arwah mak meninggal dalam keadaan koma.
Doktor sahkan arwah ada barah otak. Bila arwah meninggal, kami terfikir arwah meninggal sama ada kerana keadaan terlalu miskin sampai dia tak tahu ada barah otak sebab hanya makan ubat dan tak buat pemeriksaan kesihatan. Atau arwah mak tahu tapi tak beritahu anak-anak.”
Sejak pemergian arwah, Asyalliee yang merupakan anak keempat daripada lima beradik tinggal bersama kakaknya. Namun masalah lain pula timbul apabila dia didera mental dan fizikal.
Mujur, kakak sulung sempat selamatkan Asyalliee. Dek kerana mahu berdikari, dia sanggup ambil tawaran menjadi model dan review produk di media sosial ketika masih di bangku sekolah lagi. Rezeki tersebut diraih selepas video Asyalliee menjadi tular di media sosial.
“Ada hikmah dan rezeki lepas video saya viral di media sosial. Orang panggil buat review dan ambil job jadi model. Dalam masa sama saya masih sekolah. Dari situ saya dah start berdikari sendiri sampai sekarang. Habis je belajar saya terus berhijrah ke Kuala Lumpur untuk cari kerja.”
Keperitan Hidup Jadi Faktor Utama Asyalliee Berjaya Di Usia Muda!
Kini diusia 26 tahun, Asyalliee dilihat semakin aktif menguruskan perniagaan , sekaligus menjadi wanita, isteri, ibu dan majikan yang berkeperibadian tinggi. Malah, Asyalliee turut mendedahkan impiannya selama ini.
“Dalam masa 10 tahun akan datang, perniagaan saya dah jadi auto run supaya saya boleh fokus 100 peratus kepada impian selama ini, iaitu nak ada rumah anak yatim dan orang tua.
“InshaAllah, itu salah satunya tujuan sebab sebagai seorang anak yatim, saya kurang dapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa, tak sempat jaga arwah ibu dan ayah, nak balas jasa mereka walau saya tahu mereka tak dapat dibayar langsung.
“Saya mahu beri kasih sayang yang sangat banyak daripada saya sendiri dan mereka (Penghuni rumah anak yatim dan orang tua) yang ada di situ nanti. Jika diizinkan, saya juga nak buat madrasah atau perkara yang lebih ke arah keagamaan,” ujarnya.
Untuk rekod, Asyalliee berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sumber Foto: Instagram Asyalliee
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fizie Turun Pekan, Santuni Abang Bomba Di Lokasi Kebakaran Hutan – “Dalam Keadaan Panas & Puasa, Bukan Kerja Mudah.”

Isi Kandungan
TogglePenyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di Cenderawasih, Pekan sejak awal Ramadan lalu.
Tersentuh dengan kesungguhan mereka, Fizie bersama isteri dan ibu mertuanya turun padang melawat lokasi kejadian sambil membawa juadah berbuka puasa untuk kira-kira 150 anggota bomba dan sukarelawan yang bertugas.
“Saya terfikir dalam kita semua sibuk di bazar Ramadan dan bersama keluarga, tapi abang-abang bomba ini semua bertungkus-lumus berusaha memadam kebakaran.
“Bayangkan dalam keadaan panas dan bulan puasa mereka tetap komited meneruskan operasi sejak 2 Mac, bagi saya bukan satu kerja mudah.
“Saya memang tergerak hati dan ajak isteri serta ibu mertua untuk turun sendiri ke lokasi untuk memberikan sedikit penghargaan dan tanda sokongan kepada usaha mereka,” katanya.
Setulus Kasih Ramadan
Sebagai duta Mammy Mineral Essence, Fizie turut ditemani pengasas produk, Hasmah Mohamad, serta isterinya, Fatin Syarmimi Izzati Mohd Idris. Mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama anggota bomba di lokasi kebakaran.
Kunjungan itu juga merupakan sebahagian daripada program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang, di bawah seliaan pengerusinya, Suraya Jusoh.
Pengarah Bomba Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, yang turut berada di lokasi, mengucapkan terima kasih kepada Fizie atas keprihatinannya terhadap anggota bomba yang bertugas.
“Di kawasan ini saja seramai kira-kira 123 anggota dari Balai Zon 1 Kuantan ditugaskan setiap hari, bersama sukarelawan Jabatan Hutan. Kami sentiasa memantau keadaan kebakaran supaya tidak merebak.
“Kami berterima kasih atas kehadiran Fizie dan Puan Hasmah yang sudi melawat kami dan berkongsi rezeki berbuka puasa. Ini sedikit sebanyak menceriakan anggota bertugas,” katanya lagi.
Tanda Sokongan
Sementara itu, Hasmah atau lebih mesra disapa Mammy, turut menyatakan rasa terharu melihat anggota bomba yang tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga mereka.
“Bila Fizie cadangkan, Mammy terus setuju sebab memang Mammy nak jumpa sendiri dan ucap terima kasih kepada semua anggota bomba.
“Mammy gembira sebab dapat kongsi sedikit rezeki dan beri anggota bomba cuba sendiri kebaikan produk Mammy Mineral Essence, iaitu minuman kesihatan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seandainya Perjalanan Ini Adalah Perjalanan Terakhir Kami” – Lan Solo Mohon Maaf, Bakal Ke Tanah Suci Sama Famili

Menerusi entri terbaru, Lan Solo memaklumkan dirinya akan berangkat mengerjakan umrah bersama keluarga.
Penyanyi ini turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan mereka di sana nanti.
“Assalamualaikum. Hari ni..8 sept 2019, Ahad. Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah.
“Dgn rendah hati, sy mewakili suami serta anak2 memohon semua sama2 berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar.
“Sbg manusia,kami tidak sempurna dan tidak lepas drpd melakukan kesilapan
“Dgn kesempatan ini, dpt la andainya semua yg membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dr segala segi.
“Terlanjur perbuatan,terlanjur tuturkata,terhina tanpa sengaja,tutur bicara yg menghiris hati sesiapa,terusik harta, terlebih kira, terdgr berita yg tidak sepatutnya.
“Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yg keruh dapat dijernihkan dr hati ke hati.
“Seandainya perjalanan ini adlh perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dgn hanya satu kebaikan yg pernah kami lakukan sekiranya ada.
“Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi,” maklum Lan.
View this post on InstagramA post shared by LAN SOLO 🇲🇾 (@lansolo_official) on
Semoga dipermudahkan urusan di sana nanti.
Foto : Instagram Lan Solo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI