Pempengaruh media sosial, Fatin Nabila tampil memberikan respon selepas video yang dimuat naik di media sosial yang mengajak netizen untuk menghayati perkongsiannya secara dekat di skrin mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Menurut Fatin, video tersebut dimuat naik hanyalah untuk menyampaikan mesej kepada orang di luar sana agar tidak membanding diri dengan kelebihan orang lain.
“Saya ada memuat naik satu video berkaitan ‘Dekat dengan Fatin, selesa ke tu?’. Saya nampak ramai yang respon, stitch dan memberikan reaksi terhadap video tersebut.
“Dengan izin Allah, niat saya membuat video tersebut hanya satu sahaja. Saya cuma nak menyampaikan mesej agar kita tidak membanding diri dengan orang lain,” katanya.
Video berkenaan dikongsikan oleh Fatin menerusi laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten spiritual ini juga tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan berusaha memperbaiki kualiti konten-konten yang dimuat naik di platform media sosial.
“Namun, saya sedar, pendekatan saya dalam menyampaikan mesej itu agak salah dan tidak manis dari segi suara dan kedudukan muka yang dekat dengan skrin.
“Jadi, dengan rasa rendah diri, saya benar-benar ingin mohon maaf terhadap kesilapan yang saya lakukan. Banyak sangat perkara yang saya belajar melalui situasi ini.
“In sha Allah berkaitan suara dan reaksi wajah, saya akan lebih perbaiki ke arah lebih baik. Selepas ini, saya akan menghasilkan konten-konten yang lebih baik,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, dia juga menyambut baik segala komen dan kritikan netizen terhadap dirinya.
“Sebagai muslim, saya akan lebih berjaga-jaga dan teliti dalam proses itu sendiri sebelum memuat naik sebarang konten.
“Terima kasih untuk semua komen-komen positif dan negatif. Saya akan terus perbaiki diri dengan bimbingan asatizah yang bersama dengan saya dan juga anda di luar sana.
Ads
“Saya akan fokus untuk menghasilkan konten yang baik untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang,” akhirinya.
Baru-baru ini, video yang dimuat naik Fatin itu telah mendapat pelbagai respon di media sosial dan ada juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.
Malah, pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun turut memberikan teguran dengan mengatakan kaum wanita kurang sesuai untuk memuat naik konten dengan lenggok suara yang lembut dan posisi wajah yang terlalu dekat dengan skrin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Fatin Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ajal dan maut di tangan tuhan, tiada siapa yang tahu bila insan tersayang akan menghembuskan nafas terkahir. Inilah yang terjadi kepada penyanyi Chris Daughtry yang baru kehilangan anaknya.
Penyanyi dan juga bekas peserta American Idol itu segera terbang pulang dari konsert jelajah setelah mendapat perkhabaran anak tirinya, Hannah, 25, meninggal dunia secara mengejut di rumahnya sendiri di Nashville, Amerika Syarikat.
Disahkan meninggal pada Jumaat waktu tempatan, mayat Hannah dijumpai oleh Jabatan Polis Nashville. Mendiang merupakan anak hasil perkahwinan isteri Chris, Deanna Daughtry yang pertama. Walaupun dia sekadar anak tiri Chris, hubungan mereka rapat sebagai satu keluarga.
“Disebabkan kematian anak perempuan Chris dan Deanna Daughtry, Hannah secara mengejut, semua rancangan yang telah dijadualkan pada minggu akan datang untuk Chris telah ditangguhkan,” kata wakil penyanyi itu dalam satu kenyataan kepada sumber pada hari Jumaat.
Menyambung lagi kenyataan itu, “Keluarga Chris mengucapkan terima kasih atas pemahaman anda dan dengan penuh hormat meminta privasi ketika waktu yang sangat sukar ini. Butiran lanjut akan diberikan pada masa akan datang. Siasatan terhadap kematian tragis ini masih diteruskan.”
Selain Hannah, Chris turut memiliki seorang lagi anak tiri, Griffin. Hasil perkahwinannya dan Deanna, Chris dikurniakan sepasang cahaya mata kembar, Adalynn Rose dan Noah James yang berusia 10 tahun.
Chris mula terkenal dalam dunia seni tarik suara Hollywood apabila dia menyertai pertandingan realiti popular, American Idol musim kelima pada tahun 2006. Hasil populariti yang dikecapi, dia pernah empat kali dicalonkan dalam anugerah Grammy.
Pelakon, Aeril Zafrel menggesa kepada semua pihak untuk berhenti menyebarkan perkara yang tidak benar mengenai dirinya dan keluarga.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari selepas ada pihak yang mendakwa dia dan isteri yang juga merupakan pelakon popular, Wawa Zainal telah menerima bayaran untuk mempromosikan sebuah parti politik pada pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
Menurut Aeril, dia juga sudah muak dengan dakwaan yang disifatkan seperti sengaja ingin menanamkan kebencian terhadap dirinya dan isteri.
tapi kalau lepas ni fitnah ni masih berterusan macam ni, aku memang dah stadby lawyer nak saman.
“Stop la fitnah kami. Penat dah nak explain. Yang fitnah ni dari dulu sama je, tanamkan kebencian dulu, lepas tu baru mintak maaf,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tujuh Petala Cinta itu menerusi beberapa ciapan di Twitter.
Katanya lagi, sekiranya perkara seperti ini berulang kembali, dia tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan saman.
“Memang la mudah melafazkan maaf tapi kesan kepada kami tu sampai bila-bila. Tuduhan yang dilemparkan ni memang sah-sah aku bole saman tapi aku malas nak panjangkan.
“Tapi kalau lepas ni fitnah ni masih berterusan macam ni, aku memang dah stadby lawyer nak saman,” kongsinya lagi.
Terdahulu, individu yang dikatakan telah menyebarkan fitnah terhadap Aeril dan isterinya telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu ciapan di laman Instagram.
Permohonan maaf tersebut dibuat selepas Aeril menafikan segala tuduhan tersebut dan berhasrat mahu membawa hal ini ke muka pengadilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: InsInstagram & Twitter Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas satu demi satu sukses yang dilakar, berita gembira yang terbaru buat hos dan usahawan, Neelofa sekali lagi diterimanya.
Bintang asal Kelantan ini difahamkan telah dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.
Bakal diadakan di Monaco pada 5 dan 6 Oktober depan, Neelofa mengakui tidak menyangka tercalon dalam anugerah yang di pengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.
“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.
“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dna mengembangkan rangkaian saya.
“InsyaAllah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan anugerah yang merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!