Semalam, tular sebuah video yang memaparkan kelakuan tidak senonoh seorang gadis yang dikatakan mirip anak penyanyi, Nora Ariffin yang didakwa bercumbu bersama seorang remaja lelaki di tempat awam.
Bagaimanapun, perkara tersebut telah pun diakui sendiri oleh Nora menerusi sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Menurut Nora, sebagai ibu dia telah melakukan yang terbaik namun menyifatkan terdapat juga beberapa hal di luar kemampuannya.
“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan, I admit, it is her.
Ads
“As a mother, we try to do our best to teach, guide and educate, plus beri apa yang terbaik dan termampu dalam capacity yang terbatas.
“But as human, we cannot run away from making mistakes. she’s young and she has many lessons to learn and a life to live. Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Nora turut berharap agar keluarganya itu diberi ruang untuk memperbetulkan keadaan tersebut.
“I pray that she learn her lessons, be a better person and move on. In Shaa Allah.
Ads
“And for everyone else, to give space and and peace for this moment.
“Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Nora dan seluruh ahli keluarganya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biarpun sering berkongsi perkembangan terkini di laman Instagram, kata pelakon Rozita Che Wan, dia cukup menjaga penampilan dan menegaskan hanya akan muncul di majlis berbayar sahaja.
Tegasnya cukup penting bagi menjaga eksklusiviti sebagai seorang selebriti dan atas sebab itu jelasnya, dia tidak akan muncul di khalayak umum walau untuk membeli belah.
“Orang mungkin hanya boleh melihat saya di Instagram, televisyen dan majlis yang berbayar sahaja. Mereka sukar melihat kelibat saya secara nyata.
“Saya tidak suka menghabiskan masa dengan melepak atau berjalan di pusat membeli belah walau di Pavilion. Maksudnya wajah saya tidak bersepah di merata tempat.
“Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah atau pejabat. Jika ada kelapangan, kami akan ke luar negara,” jelasnya kepada MH ketika ditemui sempena uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.
Dalam pada itu, pelakon Pujaan Hati Kanda ini turut menafikan dakwaan dia memewahkan Aaisyah Dhia Rana. Jelasnya sebagai ibu, dia hanya memenuhi kehendak anak.
“Tiada istilah memewahkan. Sebagai seorang ibu, saya hanya cuba memenuhi permintaannya.
“Namun jika tidak mampu, saya tidak akan memberikannya. Orang yang bermulut jahat sahaja cuba membangkitkan fitnah,” katanya sambil ketawa.
Ibu kepada tiga anak ini turut berkongsi hadiah paling mahal pernah diberikan kepada si bongsu adalah seutas rantai berlian.
“Namun harganya saya rahsiakan, jika tidak netizen menuduh saya riak pula,” katanya yang bakal muncul dalam Suri Katrina arahan Pali Yahya di samping Nazim Othman, Ummi Nazeera dan Ernie Zakri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lantang memperjuangkan isu Palestin membuatkan nama Rafidah Ibrahim sering menjadi perhatian pengikut sejak dahulu. Baginya, apayang berlaku lepas umat Islam di sana merupakan satu bentukpenindasan yang tidak boleh diterima sama sekali.
Sebagai manusia biasa, hatinya bagai direnggut setiap kali melihatkan penindasan yang berlaku kepada penduduk di Gaza dan Rafah yang saban hari hidup dalam ketakutan.
“Sebab itu saya lantang memberikan pandangan dan menyebarkan kefahaman kepada mereka yang mengikuti saya melalui media sosial. Saya ambil ini sebagai tanggungjawab bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi juga untuk seluruh umat Islam bagi menyokong Palestin.
“Saya mahu kita bersatu hati bukan sebagai rakyat Malaysia sahaja, sebaliknya sebagai komuniti sejagat bagi menghantar isyarat kepada dunia yang kita peduli kepada mereka yang menjadi mangsa kekejaman ini,” katanya.
Mesra disapa dengan panggilan Fida, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memahami ada segelintir rakyat Malaysia yang masih kurang memahami apa yang berlaku dan menjadi peranannya untuk memberikan kefahaman jelas situasi di sana.
Atas sebab itu, Fida sentiasa memberikan kefahaman melalui video yang dimuat naik melalui akaun media sosial miliknya agar timbul kesedarantentang Palestin berterusan dan bukan sekadar ‘hangat-hangat’ semata-mata.
“Apa yang menggembirakan saya apabila melihat ramai bukan Islam mula faham situasi di sana dan memberikan sokongan kepada Palestin. Ini membuktikan kita berjaya bersatu hati hasil daripada usaha semua pihak,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Fida kini optimis melancarkan lagu zikir berjudul La Illah Ha Ilallah yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hazmi Fahim.
Mengakui teruja dan dalam masa yang sama berdebar menantikan reaksi peminat sementelah sudah lama tidak merakamkan lagu baharu, dia gembira dapat merakamkan lagu zikir yang pastinya memberikan seribu satu ketenangan kepada mereka yang mendengarnya.
“Saya mahu kita semua membasahkan lidah dengan alunan zikir bila kali diberikan peluang merakamkan lagu ini. Ini peluang yang baik untuk kita sama-sama berselawat dan berzikir memuji Tuhan yang satu.
“Sebenarnya apabila saya dikurniakan cahaya mata, saya mahu memperdengarkan lagu zikir ini kepada anak. Jadi, saya berharap mana-mana ibu bapa yang lain memperdengarkan kepada anak-anak mereka.
“Selain memenangkan hati lagu ini juga memberikan pahala kepadamereka yang sama-sama berselawat,” tambahnya lagi.
Pun begitu, Fida tidak dapat melupakan kenangan saat merakamkan La Illah Ha Ilallah memandangkan dia sedang sarat mengandung lapanbulan. Walaupun sedikit mengah ketika proses rakaman, semuanya dapat dilakukan dengan baik.
“Sebenarnya lagu ini dirakamkan sebanyak dua kali selepas saya melahirkan anak. Ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan memandangkan ada masalah sebutan beberapa perkataan Arab yang terapat dalam lagu ini.
“Sebenarnya saya sudah melakukan ulang kaji tentang sebutan Arab ini melalui kelas mengaji secara online melalui platform TikTok.
“Ramai yang membantu memperbetulkan sebutan dan saya amat hargai perananmereka ketika itu selain bimbingan daripada Ustaz Aidil (NAQO) yang banyak membantu,” kata duta kepada Bidadari Bootcamp ini lagi.
Untuk rekod, La Illah Ha Ilallah diterbitkan oleh Sheikh Qalam Records dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia dan ia sudah pun dilancarkan secara rasmi pada 7 Jun lalu disemua pelantar digital.
Sementara muzik video liriknya juga kini sudah boleh ditonton menerusi laman YouTube.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!