Pelawak Ali Puteh pada pagi Isnin ada memaklumkan mengenai perkembangan terkini permata hatinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Tulisnya, foto yang dikongsi merupakan gambar pertama mereka yang dapat dirakam satu keluarga.

Pada masa sama, Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut memberitahu pembedahan selama 12 jam telah pun dilakukan bagi berikutan masalah injap jantung terbalik.

“Salam semua..ni gambar pagi td sebelom adik ainul operation..kali pertama kami dpt bergambar satu family…kepada yg bertanyakan anak sy ainul mardhiah…jam 8pagi td msuk operation dan selesai jam 8malam td…12 jam menunggu.

“Dengan rasa berat hati..anak sy mengalami komplikasi pada paru2 die..dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan…doctor dah cuba sedaya upaya..semuanya bergantung pada bantuan pernafasan.

“Harap ada sinar buat anak walid dan ibu..harap ade keajaiban dari allah yg maha esa..doakan adik ainul kuat,” tulisnya.

Ads

Serentak dengan perkongsian itu, rata-rata peminat serta rakan selebriti mengharapkan agar semuanya dipermudahkan dan selain mendoakan kesihatan kanak-kanak berkenaan.

“Dengan Rasa Berat Hati, Anak Saya Alami Komplikasi Pada Paru-Paru, Sekarang Hanya Bergantung Pada…,” – Ali Puteh Harap Ada Sinar Buat Anak

“Dengan Rasa Berat Hati, Anak Saya Alami Komplikasi Pada Paru-Paru, Sekarang Hanya Bergantung Pada…,” – Ali Puteh Harap Ada Sinar Buat Anak

Sementara itu menerusi mStar anaknya kini bergantung pada mesin bantuan pernafasan sejurus pembedahan.

Ads

Menurut Ali, doktor mengesahkan anak keduanya itu mengalami komplikasi pada paru-paru selepas selesai pembedahan.

“Buat masa kini, masih belum ada perkembangan positif. Selepas 12 jam jalani pembedahan betulkan injap jantung, Ainul mengalami komplikasi pada paru-paru pula.

“Biarpun doktor sudah cuba sedaya upaya namun darah terlalu banyak masuk pada paru-paru. Sekarang Ainul bergantung pada mesin bantuan pernafasan 100 peratus.

Ads

“Doktor hanya beri 50-50 saja. Hanya mampu berdoa semoga ada keajaiban daripada Allah,” katanya seperti yang dipetik.

Sebelum ini, Ali memberitahu anaknya dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Khilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pada hari kelima bayi terbabit telah disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu.

Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia, 2 tahun.

Foto/Sumber: mStar/Instagram Ali Puteh

“Dengan Rasa Berat Hati, Anak Saya Alami Komplikasi Pada Paru-Paru, Sekarang Hanya Bergantung Pada…,” – Ali Puteh Harap Ada Sinar Buat Anak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI