Pelakon, Sherry Ibrahim telah memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim ada memaklumkan dia menyambut syawal pada tahun ini dalam keadaan serba sederhana.
Malah, pelakon berusia 36 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menyambut syawal pada tahun ini.
“Bersyukur dapat sambut 1 Syawal bersamaan 1440 hijrah dengan secara sederhana seperti biasa, satu je baju raya dan paling penting happy dapat bersama keluarga yg tersayang. So much love.
“Kat sini Sherry nak ucapkan terima kasih pada mereka yang bagi hadiah atau hamper and Sherry harap rezeki korang dipermudahkan, amin,” tulisnya.
Ads
Pada masa sama, Sherry turut berpesan agar jangan dilupa pada mereka yang memerlukan.
“Yang masih beraya sambil2 tu kite beringat juge lah pada yg memerlukan sebab sedih pulak dua tiga hari ni dengar cerita ade keluarga yg hidup susah..baju raya pun takde.
Ads
“Jadi kalau ade makanan / rezeki lebih bolehlah kite kongsi dengan mereka yg memerlukan dan elakkan dari membazir..Luv ,Sherry Ibrahim,” kongsi Sherry lagi.
Video yang merakamkan linangan air mata saat si anak menyaksikan ibunya membuat persembahan pada saingan kedua konsert Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) malam Ahad nyata menjentik hati ramai.
Momen anak kepada penyanyi, Ashira Aziz, Megat Shazril Haziq Hadi, 14 tahun dalam satu video berdurasi 21 saat yang dimuat naik kakak penyanyi itu, Shasha Aziz menerusi Twitter sebaik sahaja wanita tersebut mahu membuat persembahan mencuri perhatian.
Sudah tiga minggu tidak bertemu dengan anaknya yang kini di bawah jagaan sementara Shasha, ternyata emosi si anak tidak dapat dibendung apabila dia dilihat mengesat air mata kerana kala menonton persembahan ibu serta wajahnya yang terpapar.
Berkongsi mengenai perkara berkenaan, Ashira mengakui turut merindukan anak lelakinya itu namun terpaksa berjauhan demi memberi komitmen penuh terhadap program nyanyian realiti itu.
“Memang rindu sangat kepadanya tetapi apakan daya saya masih lagi berjuang dalam GV7.
“Saya menangis bila melihat video itu dimuat naik kakak, tidak terluah dengan kata-kata.
“Sekarang saya masih berjuang dalam rancangan ini. Insya-Allah apabila tamat nanti saya akan mencari rumah dan kami dapat duduk kembali bersama seperti dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Ashira yang menyampaikan lagu Sempurna yang dipopularkan oleh Andra & The Back Bone menyifatkan lagu tersebut sebagai pembakar semangat buatnya dalam meneruskan hidup lebih sempurna selepas ini.
Meski berstatus ibu tunggal, dia tetap mahu mencari kesempurnaan untuk keluarga kecilnya itu dan menganggap Shazril adalah segala-gala buatnya.
“Doakan supaya saya kuat menempuh dugaan ini. Dalam keadaan berjauhan dengan anak, saya hanya minta agar dikuatkan hati sahaja,” tambahnya.
Terdahulu, Ashira diarahkan keluar dari rumah sewa beberapa bulan yang lalu. Dia yang kehilangan mata pencarian akibat impak pandemik19 terpaksa menempatkan anaknya di kediaman Sasha sementara dia pula menumpang di rumah kakak kelima, Sharifah Nur Azita.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kuala Lumpur Fashion Week 2021 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Acara tahunan yang diadakan sekian lama ini akhirnya kembali memeriahkan dunia fesyen tempatan selepas tahun lalu acara tersebut hanya dilakukan secara maya disebabkan pandemik Covid-19.
Setiap kali minggu fesyen berlangsung, bukan hanya koleksi yang dipersembahkan oleh para pereka fesyen menjadi perhatian. Kelibat selebriti yang memeriahkan suasana turut mencuri perhatian. Penampilan mereka yang pastinya on-point dalam rekaan busana jenama tempatan menarik pandang lensa kamera dan juga mata yang memerhati.
Media Hiburan mengintai stail 10 selebriti yang anggun dalam pilihan busana masing-masing.
FAZURA
Sejak berhijab, aura selebriti serba boleh ini makin menyerlah. Dalam gambar ini dia menggayakan busana jenama Behati rekaan pereka fesyen muda, Kel Wen. Busana two piece ini sesuai sekali dengan penampilan Fazura sebagai seorang hijabi.
EYKA FARHANA
Si cantik manis pelakon drama Pretty Little Liars versi Asia ini tampil berani dalam persalinan rekaan Alia Bastamam. Padanan crop top dan skirt pendek diberi penegasan gaya menerusi gandingan blazer oversized yang mencetus keseimbangan.
NABILA RAZALI
Pelantun lagu Peluang Kedua ini tampil sopan dan bersahaja sesuai dengan persona seorang hijabi. Menggayakan busana Ezuwan Ismail, gaun labuh rona hijau tua dengan kemasan pleated menyerlahkan sisi femininnya.
WANY HASRITA
Wany tampil penuh playful dalam persalinan rekaan jenama Behati. Padanan kemeja oversized labuh bersama seluar jeans memberikan gaya bersahaja dan moden. Manakala pengayaan tudung rona merah jambu terang pula memberi penegasan warna kontras kepada busana rona kuning yang digayakan.
YAYA ZAHIR
Hos dan juga pemilik jenama fesyen Asly ini tampil dalam aura maskulin menerusi busana rekaan Hatta Dolmat. Gaya kemeja yang dipadankan bersama seluar dan kot labuh penuh corak sudah cukup menjeritkan statement fesyen seorang bintang.
DATUK SERI SITI NURHALIZA
Kehadiran penyanyi nombor satu negara ini di minggu fesyen semestinya menjadi perhatian. Siti Nurhaliza dilihat tampil menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini yang diadun menarik dalam gabungan sentuhan maskulin dan feminin. Padanan blazer dan seluar diberi kelainan dengan potongan bukaan skirt labuh di bahagian belakang.
SHALMA AINAA
Shalma tampil playful dan feminine menerusi pilihan gaya oleh jenama terkenal Mimpi Kita. Padanan kemeja dengan rekaan menarik berhiaskan sulaman jemeki dan labuci dipadankan pula dengan skirt potongan tidak simetri mencetus gaya yang tidak rigid.
IZARA AISHAH
Cantik sungguh Izara! Dia kekal dengan pendirian gayanya yang tidak mengikut bentuk tubuh. Ibu kepada seorang cahaya mata ini memadankan busana rekaan Larney bersama outerwear rekaan Alia Bastamam.
DAIYAN TRISHA
Malaysia Fashion Darling. Daiyan dan fesyen tidak dapat dipisahkan, dia sentiasa menjadi pilihan jenama-jenama antarabangsa mahupun tempatan. Untuk minggu fesyen ini, Daiyan menggayakan rekaan jenama Fizi Woo. Rekaan blazer dengan bahu besar dipadankan bersama seluar cukup menyerlahkan moden dan eksklusif. Ditambah pula dengan dandanan rambut yang cukup comel!
UYAINA ARSHAD
Pelakon dan pengacara ini menggayakan busana serba hitam rekaan Rizman Ruzaini. Penampilnnya diserikan dengan pilihan sarung tangan berenda dan juga beg tangan rona hitam bagi melengkapkan gaya keseluruhan.
Sumber gambar: Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sangat romantis! Itulah situasi yang boleh digambarkan apabila Aeril Zafril membawa isterinya, pelakon Wawa Zainal ‘terbang’ ke Maldives sebelum Wawa melahirkan anak ketiga mereka, tidak lama lagi.
Menerusi Instagram, Aeril ada berkongsi beberapa foto momen sekitar keberadaan mereka di destinasi percutian terkenal dunia itu.
“Sebelum dia tak boleh fly sebab sarat mengandung, kita bawak dia jalan-jalan dulu,” tulis Aeril menerusi salah satu entri foto.
Malah, Wawa secara seloroh juga ada bertanya kepada suami, di manakalah lokasi cuti seterusnya memandangkan dia masih ada kira-kira dua bulan saja lagi untuk berliburan sebelum berpantang.
Serentak dengan perkongsian foto tersebut, para peminat memuji sifat kasih sayang yang ada pada Aeril dan ada yang menyifatkan keduanya sebagai pasangan yang boleh dijadikan inspirasi.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini sudah pun dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Foto: Instagram Aeril Zafriel, Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!