Pelakon, Sherry Ibrahim telah memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi gambar tersebut, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim ada memaklumkan dia menyambut syawal pada tahun ini dalam keadaan serba sederhana.

Malah, pelakon berusia 36 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menyambut syawal pada tahun ini.

“Bersyukur dapat sambut 1 Syawal bersamaan 1440 hijrah dengan secara sederhana seperti biasa, satu je baju raya dan paling penting happy dapat bersama keluarga yg tersayang. So much love.

“Kat sini Sherry nak ucapkan terima kasih pada mereka yang bagi hadiah atau hamper and Sherry harap rezeki korang dipermudahkan, amin,” tulisnya.

IKLAN

Pada masa sama, Sherry turut berpesan agar jangan dilupa pada mereka yang memerlukan.

“Yang masih beraya sambil2 tu kite beringat juge lah pada yg memerlukan sebab sedih pulak dua tiga hari ni dengar cerita ade keluarga yg hidup susah..baju raya pun takde.

IKLAN

“Jadi kalau ade makanan / rezeki lebih bolehlah kite kongsi dengan mereka yg memerlukan dan elakkan dari membazir..Luv ,Sherry Ibrahim,” kongsi Sherry lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, peminat juga telah memberi ucapan selamat hari raya kepada bintang drama bersiri Teduhan Kasih itu.

“Dengar Cerita Ada Keluarga Yang Hidup Susah, Baju Raya Pun Takde,” – Sherry Ibrahim

Bagus sungguh Sherry, walaupun bergelar artis atau selebriti sambutan syawalnya tetap bersederhana.

Foto : Instagram Sherry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI