Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan satu kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, pada Isnin.
Kemalangan tersebut membabit sebuah kenderaan telah melanggar pembonceng motorsikal di lorong kecemasan.
Lalu, penari terkenal Alam Wakaka meluahkan rasa simpati terhadap insiden yang telah berlaku.
“DENGAR CITE DRIVER CABUT??? NAK SALAHKAN SIAPA?? Atau dua2 salah??
“Sila komen pada mereka yang sudah memiliki lesen. Kesian abang moto tu. Harap dia takde pape. Doa yg baik2, NO RASIST comment!,” tulisnya.
Dalam perkembangan terkini, pemandu kereta yang terbabit di dalam insiden tersebut difahamkan telah ditahan reman selama 4 hari oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Video: Instagram Alam Wakaka
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elly Mazlein Jawab Dakwaan Hamil, Minta Doa Yang Baik-Baik – “Suami Pun Tunggu, Semuanya Aturan Allah SWT.”
Bintang versatil, Elly Mazlein yang masih berteka-teki mengenai telahan orang ramai bahawa dia kini sudah berbadan dua mengakui suaminya, Mohamad Azlan Che Noh juga menanti-nantikan sekiranya dikurniakan rezeki zuriat pertama mereka.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia juga tidak berniat untuk berahsia sebaliknya berjanji akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang hamil.
Dia pada masa sama turut meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Doakan yang baik-baik, sekiranya ada berita yang baik dan ‘confirm’ saya berbadan dua, saya akan bagitahu apa sahaja perkembangan mengenai diri ini.
“Sesuatu yang baik dan bahagia ini… semua tahu saya tidak berahsia mengenai kisah peribadi saya. Cuma saya mohon untuk diberikan masa.
“Suami pun sentiasa menunggu (cahaya mata). Bila sudah sampai, memang akan beritahu dan saya cuba untuk berlaku adil dengan berkongsikan ia di media sosial. Tapi buat masa sekarang ini belum lagi.
“Harapan saya memang sangat besar,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai reaksi puteri tunggalnya, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia 5 tahun, penyanyi Dusta Cinta itu tidak menafikan pertamat hatinya itu juga sudah menanti adik buat sekian lama.
“Sefhia sejak dulu lagi sudah bertanya mengenai adik. Kita cubalah tengok macam mana Allah SWT aturkan, buka lembaran baharu.
“Saya mohon… Saya tahu ramai yang sayangkan saya dan sentiasa mendoakan yang baik-baik. Nak tengok anak bersama suami dan Sefhia punyai adik. Saya pun mahu, siapa yang tak nak kan? Doa-doakan,” pintanya lagi.
Sebelum ini tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump penyanyi tersebut.
Malah sebelum ini menerusi program Muzikal Lawak Superstar, Elly dikatakan kerap memegang perutnya saat mengendalikan program tersebut.
Elly ditemui ketika majlis pelancaran Program Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Tahun ini, Elly terpilih sebagai sebahagaian daripada kempen Ramadan Astro ‘Skuad Lembaran Baharu’, yang turut dibarisi Alif Satar, Cik B, Radin ERA, Dina Nadzir Sinar, Shah Gegar, Isha Norshsm dan pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana selaku duta.
Imbas kembali, Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu, bintang tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Insya-Allah Petang Ini Kami Akan Bersemuka Dengan Keluarga Budak Lelaki Itu,” – Isu Video Viral, Ini Reaksi Anak Sulung Nora Ariffin
Selepas penyanyi Nora Ariffin mengakui gadis yang tular kerana video bercumbu dengan seorang remaja lelaki pada Khamis merupakan anak perempuannya, anak sulung kepada bintang berkenaan, Mohd Syakir Iman, turut tampil memberikan reaksi.
Menerusi satu status yang telah dikemas kini menerusi Twitternya pada Jumaat, Syakir mendedahkan pihaknya akan bertemu dengan keluarga remaja lelaki tersebut.
Memohon agar mendoakan yang terbaik, lelaki berusia 27 tahun itu turut meminta ramai agar tidak berkongsikan lagi video yang berkaitan.
“Perkara ini telah berubah menjadi lebih serius. InshaaAllah petang ini kami akan bersemuka dgn keluarga budak lelaki itu.
“Walaupun ada yg sudah membenci dan mencaci adik & mak saya, saya mohon jasa baik anda utk tidak share video yg sedia ada, dan doakan kami semua InshaaAllah,” tulisnya.
Perkara ini telah berubah menjadi lebih serius.
InshaaAllah petang ini kami akan bersemuka dgn keluarga budak lelaki itu.
Walaupun ada yg sudah membenci dan mencaci adik & mak saya, saya mohon jasa baik anda utk tidak share video yg sedia ada, dan doakan kami semua InshaaAllah.
— – шакир иман – (@itsMoshmellow) September 4, 2020
Sementara itu, sepotong video berbeza dipercayai turut dimuat naik seorang pengguna Twitter dan Syakir turut memberikan reaksinya.
Bagaimanapun, video tersebut sudah pun dipadamkan.
InshaaAllah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah utk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak post video ni. Mmg berniat utk memburukkan lagi keadaan ya? https://t.co/cK5ri6nTPR
— – шакир иман – (@itsMoshmellow) September 4, 2020
Sebelum ini menerusi laporan Berita Harian, penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu mengakui kesal terhadap apa yang berlaku dan seterusnya berharap insiden tersebut dapat menjadi pengajaran buat anak ketiganya itu untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Allahuakbar, dengan penuh rasa terkilan, saya mengaku itu adalah anak saya. Sebagai ibu, saya cuba yang terbaik untuk mengajar dan membimbing dia mengikut apa yang termampu dalam kapasiti terbatas.
“Tetapi hendak buat macam mana, saya sudah berusaha sehabis baik untuk mendidiknya.
“Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapan untuk menjadi insan yang lebih baik sekali gus meneruskan kehidupan tanpa perlu menoleh ke belakang… Insya-Allah,” katanya seperti yang dipetik.
Nora sebelum itu ada berkongsi khabar pilu apabila ibu mertuanya, Nora Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Redza Rosli Payung Foto Sado, Ramai Tak ‘Keruan’, Melting!
Pelakon, Redza Rosli kini ternyata semakin kelihatan tampak dan segak. Sekali gus, ia meraih perhatian netizen secara tak langsung.
Baru-baru ini, aktor berusia 27 tahun itu ada berkongsi beberapa keping foto dirinya yang terkini di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Redza bukan sahaja kelihatan semakin kacak malah susuk tubuh badannya semakin sasa.
“Don’t compare yourself to others. Compare yourself to the person from yesterday. Next target lebih dari yang dulu,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat berasa teruja apabila melihat tubuh badan Redza yang kelihatan kian kekar fizikalnya.
Bagaimanapun, menerusi hashtag yang dibuat Redza, ternyata ia merupakan foto lama dari bintang berkenaan.
Untuk rekod, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli telah memulakan karier lakonan pada tahun 2009 dan semakin dikenali menerusi drama bersiri Ku Kirim Cinta gandingan bersama pelakon Ayda Jebat.
Foto : Instagram Redza Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI