Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad memilih untuk meneruskan kandungan keenamnya yang kini mencecah dua bulan.
Rabecca yang sinonim disapa sebagai Mummy Becca berkongsi mengenai perkara tersebut di dalam catatan yang dikongsikan di Insta Stories, awal hari ini.
“InsyaAllah doakan saya strong. InsyaAllah saya keep this baby. Tadi scan baby dah ada jantung, dengar degupan jantung dia. Jatuh air mata saya,” luahnya.
Becca pada masa sama turut berkongsi perkembangan bayi yang dikandung.
“Saya percaya saya boleh InsyaAllah. Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya dan ‘baby bump,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi platform sama, Becca turut memuat naik foto serta videonya yang menghadiri sesi temu janji bersama doktor sambil ditemani suami, Datuk Norazam Sulaiman.
“Assalammualaikum & Salam Jumaat everyone. Today check up and scan time for my baby bump, Bismillah. Doakan yang baik baik k, di pagi Jumaat barakoh ni.
“Semoga doa yang baik baik semua buat anda juga. Pagi ni Mummy di temani Sang Cinta Hati. Alhamdulillah,” kongsi Becca menerusi ruangan kapsyen.
Pada Khamis media melaporkan, Becca bakal mengetahui keputuan sama ada boleh meneruskan kehamilan atau terpaksa ‘melepaskan’, pada esok (Jumaat).
Perkara tersebut sekaligus menjelaskan mengenai situasi diri memandangkan kelima anaknya sebelum ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean
“Kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab anak anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean.
“Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.
Artikel Berkaitan;
“Mummy Dah Janji Dapat 1A, RM100,” – Anak 9 Tahun Cemerlang Dalam Ujian, Datin Rebecca Syukur Bangga
Menurut Becca, situasi dialami itu membuatkan dia kini dalam dilema.
“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” katanya.
Dalam masa sama, Becca berkongsi dia tidak pernah merancang dalam soal cahaya mata sebaliknya menyerahkan ia kepada ketentuan dan rezeki Allah SWT.
“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira.
“Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” katanya lagi.
Terdahulu, Becca dan suami dikurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini