Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menepis tuduhan yang dilemparkan oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai pengasas produk kecantikkan hasil daripada produk timbang kilo.
Menurut Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, sekiranya produknya itu hasil daripada bahan timbang kilo, mana mungkin dia dapat memasarkannya di pelbagai rangkaian pasaraya-pasaraya besar.
View this post on Instagram
“Biasa la melayu kan, DENGKI, BOMOH adalah lumrah. En Mohd Zukri Kalau product timbang kilo tak akan masuk pasaran Watsons tuan.
“Alhamdulillah sekarang 101 branch kami masuk. Boleh rajin-rajin tengok di Watsons dan shopee. Jangan nak main sambur je,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Lagenda Budak Setan itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga sudah lali dengan sikap segelintir pihak yang gemar menjatuhkan orang lain.
Lantaran itu, dia berharap agar tuduhan seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihatinya agar mengabaikan komen-komen negatif tersebut.
“Orang macam ni memang tak kan ke mana-mana. Tahu nak kondem orang je. Tak siasat apa-apa terus nak kecam orang, pastu dengki dengan kejayaan orang.
“Kelakar betul. Bukan senang nak masuk Watsons! Quality Check ketat gila.
“Dasar penjeles tegar.
“Bukan calang-calang produk boleh masuk watson.
“Jealous lah tuu tak mampu nak pakai any one of product. Lepastu nak memburukkan pula,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Selain produk kecantikan, Zoey juga mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti pakaian, tudung dan snek makanan ringan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zoey Rahman & Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI