Pelakon dan hos, Hanis Zalikha ada membawa anak sulungnya, Yusuf Iskandar ke klinik gigi bagi mengetahui status kesihatan gigi permata hatinya itu.
Ujar isteri kepada Hairul Azreen ini di ruangan kapsyen, doktor yang membuat periksaan gigi Yusuf menasihatkan agar anaknya itu berhenti minum susu menggunakan botol kerana ia boleh menggaggu pertumbuhan gigi secara sihat.
“Bawa Yusuf jumpa dentist lagi. Sebab nak tengok keadaan gigi dia. Dentist cakap stop minum susu botol, walaupun sippy cup. Sebab Yusuf pun nak masuk 4 tahun dah June nanti, takut ganggu facial bone structure.
“Jadi dah 5hari dia minum susu terus dari dalam cawan saja. Anak soleh @theyusufiskandar sayang Mommy Daddy ni,” tulisnya bersama pautan video pendek.
Terdahulu, Hanis dan Hairul telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang dilahirkan Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Hanis Zalikha