Setiap apa aktiviti yang dilakukan selebriti, sudah pasti akan mendapat mendapat perhatian peminat dan itulah yang mungkin dilalui aktres, Fasha Sandha.
Seperti sedia maklum, Fasha sinonim berkongsi video masakan dalam menyediakan juadah buat seisi keluarga.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan bagaimanapun mendedahkan, ada pengguna media sosial yang bertanya video masakan dilihat kurang dimuat naik kebelakangan ini.
“Depa dok tanya, kami tak masak dah ka. Sejujurnya kami masak almost everyday tapi tak menyempat nak amik video.
“Dep dok DM mintak resepi, mintak kongsi idea nak masak, haihhh kami ni bukan la expert sangat dalam memasak ni hampaaa, sebab tu la nama hashtag kami #taksempurnabyfashasandha…
“Takpalah, memandangkan ramai sangat DM saya untuk mintak resepi Masak, kadang2 kami belanja la k…,” tulisnya.
Link posting
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang drama bersiri Semua Salahku ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha