[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]
Gara-gara sering berdepan dengan netizen yang lahar dan acah-acah berani, Sharnaaz Ahmad berang dan menegur sikap sesetengah pengguna media sosial.
Melalui posting di Twitter, Sharnaaz telah bersuara bercerita tentang sikap sesetengah individu yang sengaja untuk menunjuk gangster dengan mengeluarkan kenyataan ini dan itu kononnya untuk menunjukan keberaian masing-masing.
Namun jika diajak berdepan, individu inilah antara orang paling pengecut!
“Dlm insta dan tweeter aku tgk semua gangster maya kejut sana sini.. konon kuat sempoi awek blh kagum. Tp jujur cakap, 99% depa ni semua pengecut alaf 2020. jumpa depan2 telur pun tinggal dlm laci bawang rumah mak.”
Malah Sharnaaz turut mengucapkan tahniah buat pemilik akaun Twitter dan Instagram kerana telah melahirkan bangsa serba ‘pondan’ menurutnya.
Dlm insta dan tweeter aku tgk semua gangster maya kejut sana sini.. konon kuat sempoi awek blh kagum. Tp jujur cakap, 99% depa ni semua pengecut alaf 2020. jumpa depan2 telur pun tinggal dlm laci bawang rumah mak. tahniah tweeter instagram krn lahirkan bangsa serba pondan..
— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) January 13, 2018
Melalui satu sumber, Sharnaaz mungkin berang dengan sesetengah netizen yang tidak sensitif dan terlebih bersuara tentang isu Datuk Farid Kamil.
Baru-baru ini juga Sharnaaz ada marah dan menegur individu yang menyebarkan gambar-gambar Farid ketika ditahan di balai polis.
Bukan itu sahaja, Sharnaaz juga dikatakan rajin membalas segala tomahan yang dilemparkan netizen mengenai Farid.
Ok baik, tunggu ko atau keluarga ko diuji.. masa tu jgn keluar fatwa mak kalihamput al haramii https://t.co/C9zDIwoXMC
— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) January 13, 2018
Kalau polis tu salah, polis tu lah kamjat, kalau lu yg salah, lu lah musibat yg di cari selama ni, ada masalah ke? Nak jumpa mintak sign tak? Ke nak lempang jugak? https://t.co/8Do6r2NBrz
— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) January 13, 2018
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI