Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie mendedahkan dirinya tidak mahu mengambil sebarang tindakan berhubung isu rekaan koleksi topeng mukanya yang didakwa ditiru oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, tindakan saman-menyaman ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini hanya akan membuang masanya sahaja.

Jelas Jovian lagi, dia bukan tidak mahu mempertahankan haknya itu tetapi menyifatkan dia faham mengenai situasi getir yang dialami segelintir pihak ketika ini.

Ads

“Daripada I sibuk saman-menyaman musim PKPB ni, baik I kayuh basikal dan fikirkan nak keluarkan produk baru apa untuk Jovianista. Worth my time and energy.

“Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan taknak fight, tapi mungkin depa pun tgh susah nak cari income.

“Kita letgo aja lah case ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita redha, and move on! Setuju?,” tulisnya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan bapa kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian yang ditampilkan oleh Jovian itu.

Ads

“Depa Pun Tengah Susah Nak Cari Income,” – Rekaan Topeng Muka Ditiru? Ini Reaksi Jovian Mendagie “Depa Pun Tengah Susah Nak Cari Income,” – Rekaan Topeng Muka Ditiru? Ini Reaksi Jovian Mendagie

Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai pengguna yang mengadu mengenai ‘pertandingan’ harga Jovian Mask yang dijual oleh Jovian dan beberapa perniaga lain.

Sumber: Instagram Jovian Mandagie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI