Categories: Uncategorized

‘Depan Ayah Pakai Tudung, Belakang Buka’ Isteri Aliff Syukri Kongsi Kisah Hijrahnya!

Share

MH percaya pasti ramai yang mengkagumi isteri kepada jutawan pengasas kosmetik D’Herbs, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang sering berketerampilan serba sederhana dan sangat rendah diri apabila bersama suaminya.

Bukan itu sahaja, selaku wajah rasmi untuk jenama Aliff by Sha, ramai yang tidak henti memuji keayuan isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini bertudung simple tidak terlalu over the top.

Malah, ramai juga yang ingin tahu bagaimana isteri kepada jutawan ini mengekalkan identitinya itu sehingga mencuri banyak hati yang melihatnya.

Melalui pertemuan MH bersama Shahida di majlis pelancaran koleksi terkini Aliff by Sha dan opening Romah Makan Terlajak Laris, Shahida sempat berkongsi kisah silamnya yang memang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.

Katanya, dia juga manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Katanya, pernah suatu ketika dia ‘menipu’ bapanya kononnya berhijab sewaktu di bangku sekolah, namun apabila keluar dan jauh dari ahli keluarga dia segera membuka tudung.

Katanya dia akui bertudung ini bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa, ia perlu bergantung pada nawaitu dan keikhlasan seseorang juga.

“Bertudung ini tidak boleh paksa, ia datang daripada hati kita.

 

“Dulu ayah saya paksa saya untuk bertudung, sewaktu sekolah rendah. Saya pakai, tetapi bila keluar rumah saya akan buka tudung!

 

“Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu memakai tudung kerana bagi saya biarlah ‘perasaan’ itu datang secara semulajadi…

 

“Tetapi sampailah satu tahap saya rasa tiba masa untuk saya pakai tudung dan malu jika tidak memakainya.

 

“Jadi terbukti benda itu tidak boleh dipaksa dan ia datang dari hati,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Malah, Sahidah turut akui banyak belajar erti kehidupan dari pengalaman hidupnya, jadi dia tidak akan memaksa anak perempuannya yang masih kecil kerana ingin anaknya itu belajar dari masa ke masa tentang bertudung.

“Anak-anak kita buat masa ni just bagi didikan agama kepentingan tentang aurat jadi semua itu terpulang pada dia, tetapi kalau dia boleh dengar cakap kita baguslah, tetapi perkara seperti ini jangan dipaksa, biar dia datang secara semula jadi.

 

“Saya faham, saya juga ada anak perempuan berusia 7 tahun saya rasa kalau saya paksa dia macam kejamlah pula kerana dia ingin nikmati zaman kanak-kanak mungkin ada baju-baju yang dia ingin cuba seperti jadi seorang puteri jadi saya biarkan dahulu.

 

“Tetapi dia faham tentang tutup aurat, tetapi saya tahu nanti bila dia dah mula melangkah masuk darjah dua atau tiga atau matang dia akan tahu kepentingan bertudung,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun MH bersetuju dengan perkongsian Datin Seri Shahida ini, memang benar semua itu perlukan sedikit masa, begitu jugalah yang terjadi dikalangan selebriti yang on off bertudung.

Mereka perlukan sedikit masa untuk terus yakin bertudung kan?

Apapun MH kagum dengan sikap Datin Seri Shahida yang sentiasa rendah diri dan bersederhana dalam segala hal.

Published by
Lany Azman