Pelawak dan pengacara, Jihan Muse berkongsi cerita perihal Masjid Kyoto, Jepun yang akan mencipta sejarah dengan menyebarkan syiar Islam di kota negara matahari terbit itu.
Kongsi Jihan menerusi laman Instagram miliknya, dia menyatakan kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto sekitar RM3.05 juta di mana deposit yang dijana komuniti Jepun sudah mencecah RM214,200.
Jadi, sebanyak RM2.73 juta masih diperlukan dan deposit mungkin terbatal andai tidak dilangsaikan sebelum 25 Jun 2020 depan.
“MASJID KYOTO. TEGAKKAN SYIAR ISLAM DI JEPUN dengan SELAMATKAN MASJID KYOTO.
“Masjid Quba adalah Masjid pertama yang dibina Rasulullah SAW yang menjadi lokasi pertama disampaikan khutbah serta didirikan solat Jumaat yang disyariatkan.
“Kyoto juga akan mencipta sejarah dimana akan terbina sebuah Masjid yang akan menjadi syiar Islam di negara matahari terbit.
“Kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto ini adalah RM3.05 juta @ 76.7 juta yen.
Muslim Care Malaysia Society mengambil tanggungjawab untuk mengusahakan
dana pembinaan masjid pertama di Kyoto bermula dengan dana deposit sebanyak RM214,200@ 5.5 juta Yen yang telah dijana oleh komuniti di Jepun.
“Kita memerlukan RM2.73 juta lagi untuk melunaskan bayaran pembelian masjid tersebut.
“Deposit akan hilang sekiranya baki dana sebanyak RM 2.73 juta @ 68.5 juta yen gagal diselesaikan, akan berisiko kontrak terbatal dan kehilangan 5.5 juta yen (RM214,200) deposit.
“Keselurahan baki perlu dijelaskan sebelum 25 Jun 2020.
“Jom kita rebut peluang dengan mengekalkan amal kita sebagai saham akhirat yang manfaatnya sehingga kiamat.
“Sumbangan saham akhirat anda boleh disalurkan melalui akaun Muslim Care Malaysia Society,” tulisnya sambil disertakan dengan akauan bagi mereka yang bermurah hati mahu memberikan sumbangan.
Foto : Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI