Semalam, tular di media sosial sebuah video live yang memaparkan seorang gadis sedang menangis teresak-esak, gara-gara terlalu rindukan kekasih hatinya.
Malah video tersebut turut mendapat reaksi pelbagai di kalangan pengguna media sosial lainnya.
View this post on InstagramRindu pakwe. Min turut sebak merasakan kesedihannya 😭😤 #mstaronline #janganseriussangat #eemstar
A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on
Lalu, video tersebut turut menerima perhatian selebriti, termasuklah pelakon, Amyza Aznan.
Menurut pelakon senior itu, gadis tersebut kelihatan seperti terlalu terdesak mendapatkan perhatian sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian.
“Desperate nak viral. Mak Ayah ko rindu tak? Ke nak tunggu dah takda dekat dunia ni baru nak rindu,” tulisnya.
Video yang dimuat naik portal berita, Mstar itu telah menerima hampir 150,000 tontonan dan turut dihujani lebih 3000 komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan pelakon senior itu.
Macam-macam perkara boleh dilakukan ketika ini untuk mendapat perhatian warga net. Bagaimanapun, kita haruslah bijak menggunakan platform ini terutamanya untuk menyebarkan perkara-perkara positif dan bukanlah yang sebaliknya.
Sumber: Instagram Amyza Aznan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Patah Semangat, Walau Ada Rasa Kesal Jual Album RM20, Tapi Sissy Imann Tetap…
Walaupun pernah berhadapan detik paling ‘pahit’ dalam kerjaya seninya, namun ia tidak mematahkan semangat penyanyi Sissy Imann untuk terus melebarkan sayapnya dalam bidang tersebut.
Mengakui ada sedikit rasa penyesalan kerana menjual album sulungnya pada harga yang cukup rendah, yang tidak memberikan ‘keuntungan’ berbanding kos produksi namun Sissy menganggap semua perkara itu menjadikannya lebih matang dalam mendepani cabaran hidup sebagai anak seni.
“Sebenarnya saya sendiri yang buat keputusan untuk jual album itu pada harga RM20 selepas berasa terlalu kecewa dengan diri saya.
“Ia terlalu peribadi buat saya, saya tidak dapat kawal emosi. Memang saya nekad tak nak tengok album ini sebab itu saya jual supaya boleh bagi dekat orang.
“Sebenarnya, ada kejadian sebelum saya buat keputusan untuk jual RM20.
“Sebenarnya pada hari itu saya bangun tidur dan ada rasa kecewa. Saya keluar bilik nampak album ada atas meja.
“Saya tak tahu apa difikirkan, saya ambil dan campak album itu sampai terperosok bawah kerusi. Lepas itu saya terus menangis sepuas-puasnya.
“Pada ketika itu, saya upload untuk jual album itu pada harga RM20, mak dan ayah saya pun tahu benda itu lepas tengok posting saya di IG,” katanya kepada MH.
Sissy ditemui pada majlis pradengar album sulungnya, Sissy Imann yang berlangsung di kediamannya di Kajang, Selangor pada Khamis.
Berkongsi kos penerbitan album itu yang menjalani rakaman di studio popular, Abbey Road Studio di London, Sissy berkata ia mencecah lebih enam angka.
“Kos penerbitan album ini mencecah enam angka dan semuanya memang saya keluarkan duit sendiri sebab saya memang bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
“Sebab itu, bila saya jual RM20, ada juga timbul rasa menyesal (ketawa) sebab memang dikira tidak balik modal pun, tapi tak mengapa.
“Lepas ini untuk cetakan kedua, mungkin saya akan jual pada harga yang lebih ‘reasonable’ dalam RM50.
“Setakat ini, sebanyak 1,000 unit album habis terjual pada cetakan pertama,” katanya.
Mengandungi sebanyak enam buah lagu, album sulung Sissy itu memperlihatkan bakatnya secara keseluruhan sebagai komposer serta penulis lirik selain dibantu AG Coco.
Lagu-lagu yang terkandung dalam album itu seperti Ribut, Balang Boneka, Berhentilah, Cinta Seadanya, Cinta Seadanya, Tersakiti dan sebuah lagu Inggeris, Ain’t Gonna Spoil My Day.
Terdahulu, Sissy memuat naik menyatakan enggan mengadakan sebarang majlis pelancaran album sulungnya gara-gara terkesan dengan komen kasar yang dilemparkan juri program Famili Duo, Mas Idayu terhadap persembahannya pada konsert mingguan rancangan itu, dua minggu lalu.
Disebabkan terlalu kecewa, Sissy kemudian memuat naik di laman Instagramnya ingin menjual ‘buah tangan’ sulungnya itu pada harga yang cukup rendah iaitu RM20 seunit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkesan Dengan Kehilangan Dua Permata Seni, Yatt Hamzah Titip 6 Pesanan, – “Semoga Husnul Khotimah Buat Abam & Ashraf.”
Hari terus berganti, pemergian dua insan yang menyinari arena seni yang namanya cukup sinonim di sini telah pergi menghadap Illahi, tidak sampai dalam tempoh tiga bulan.
Selepas pelawak, Abam Bocey menghembuskan nafas pada 10 Februari lalu, kini pelakon Ashraf Sinclair yang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia kembali ke rahmutullah jam 4:51 pagi tadi (Selasa) dipercayai akibat serangan jantung.
Ia sekali gus, mengejutkan ramai pihak atas pemergian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair itu.
Yatt Hamzah misalnya, turut memberikan dedikasi atas pemergian arwah dan turut terkesan dengan pemergian dua permata seni itu.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. AL FATIHAH.
Semoga Husnul Khotimah buat mereka (Abam dan Ashraf) dan buat kita juga.
“Meninggal pd usia muda. Apakah jaminan pd kita? Nyata mati itu pasti dan bila2.
“Siapkan bekal kita pulang. Abam meninggal ketika tidur. Difahamkan Ashraf Sinclair juga meninggal waktu tidur.
“Apa jaminan kita akan hidup bila kita tidur? Tiada.
“Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.
“Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan tidak membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.
“Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.
“Imam al-Ghazali berpesan: “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
“Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?
“Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi
“Andai terdapat sedikit kebaikan dalam post ini, mohon doakan semoga kebaikan itu dapat membawa kita ke syurga di sisi Allah bersama-sama. Aamiin,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Menerusi perkongsian pemilik nama penuh Haryati Hamzah itu, ia turut memaparkan foto arwah Abam dan Ashraf.
Terdahulu, Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Sementara, Ashraf meninggal dunia jam 4:51 pagi tadi akibat serangan jantung.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia selepas solat Asar.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Netizen Salah Faham Ni,” – Aliff Syukri Dedah Masih Bahagia, Perjelas Situasi Rumah Tangganya Kini
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya terkejut apabila netizen membuat spekulasi kurang tepat mengenai hal rumah tangganya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Katanya ketika dihubungi MH, ada netizen yang meninggalkan komen melampau hingga membuat tuduhan tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku.
“Jujurnya saya terkejut apabila secara tiba-tiba banyak teks yang masuk, bertanya itu dan ini mengenai hal rumah tangga saya.
“Ada yang menuduh dan tak kurang yang membuat spekulasi sendiri seterusnya menghentam saya.
“Surat tu (tuntutan cerai) bukan dari saya pun,” katanya.
Mengulas mengenai perkara terbabit, usahawan yang kini muncul dengan single Cuba Bahagia ini berharap agar netizen memahami situasi dan tidak lagi membuat andaian sendiri.
“Netizen salah faham ni. Kalau tengok betul-betul, bukan saya yang tuntut atau failkan. Saya sendiri pun terkejut bila ia tiba-tiba jadi viral.
“Saya harap, tidak ada lagi yang bertanya mengenai siapa yang failkan atau sebaliknya,” ujar Aliff.
Ditanya mengenai sejauhmana keharmonian rumah tangganya kini, Aliff menjelaskan dirinya masih lagi bahagia.
“Kalau tanya saya, ya…bagi saya masih bahagia. Saya pun tak tahu akan ada isu sedemikian sebab selama ini bagi saya okay sahaja.
“Tapi tak mengapalah. Saya pun tak mahu nak tuduh atau burukkan mana-mana pihak sebab paling penting ialah anak-anak yang sedang membesar,” akhirinya.
Untuk rekod, pasangan usahawan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta turut mengambil seorang anak angkat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI