Menanti detik bergelar ibu pada usia muda, pelakon Elfira Loy kini dalam proses menyediakan ruang bilik tidur untuk cahaya mata sulungnya itu.
Kongsi Elfira, dia amat teruja untuk menyediakan keperluan diri sendiri dan keperluan anak yang bakal dilahirkan pada Oktober ini.
“Lagi dua bulan!! Tapi saya tak sediakan apa-apa lagi. Apa-apa pun, saya sangat excited!.
“Saya begitu teruja untuk menyediakan bilik nurseri, membeli keperluan untuk bayi, untuk diri sendiri agar semuanya teratur.
“Tetapi saya perlukan rancangan supaya saya tak stress. haha.
“Rancangan saya adalah untuk melabel setiap compartments, membeli barangan tersebut dan meyediakan ruang bagi setiap benda.
“Saya juga perlu banyak membaca mengenai kehamilan, penyusuan & segalanya tentang bayi.
“Bagaimana pula dengan pengalaman anda? Apa perkara yang membuatkan korang rasa dah lengkap, tapi lepas dah beranak baru mcm “ohh saya lupa tentang ini, saya lupa tentang itu”. Kongsikan dengan saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama. Hehe. Terima kasih!,” tulis bintang Kum Kum ini.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai.
Malah, ada juga yang menasihati El agar menjaga pemakanan, emosi dan kesihatan demi kebaikan anak yang bakal lahir.
Untuk rekod, Elfira,24, mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar,27, pada 1 Januari lalu di Cyberview Resort, Cyberjaya.
Foto : Instagram Elfira Loy