Kini memegang status hajah, Farah Lee menerusi entri terbaru berkongsi detik istimewa pertemuan semula dengan anaknya, Maream Esabell selepas sebulan terpisah.

Ulasnya, kadang kala kita gusar untuk meninggalkan anak pada jagaan orang lain, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.

Detik-detik jejak kasih setelah sebulan terpisah, hingga terpelanting phoneku.

“Kita selalu risau untuk tinggalkan anak pada jagaan orang lain. Ketahuilah, yang menjaga mereka itu Tuhan.

Ads

“Kadang mereka dijaga lebih baik dalam jagaan lain berbanding kita, tak mustahil jika itu yang diizinkan Dia,” tulisnya.

Ads

Lalu, rata-rata netizen terharu dengan ikatan yang terjalin antara dua beranak itu dan meninggalkan reaksi di ruangan komen.

“Detik Jejak Kasih Hingga Terpelanting Phone,” – Hajah Farah Lee Kongsi Momen Jumpa Anak Selepas Sebulan Terpisah Kerjakan Haji “Detik Jejak Kasih Hingga Terpelanting Phone,” – Hajah Farah Lee Kongsi Momen Jumpa Anak Selepas Sebulan Terpisah Kerjakan Haji

Ads

Bekas isteri pengacara, Ally Iskandar ini berangkat mengerjakan haji pada 30 Julai lalu.

Farah dan Ally bercerai pada Ogos 2016 selepas berkahwin selama empat tahun.

Foto : Instagram Farah Lee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI