Penyanyi dan pelakon Indonesia, Dewi Perssik telah secara rasminya bercerai buat kali ketiga. Perkahwinannya bersama Angga Wijaya yang juga merupakan seorang pelakon sinetron dan juga pengurusnya hanya bertahan selama lima tahun sahaja.

Sebelum ini, wanita berusia 36 tahun yang terkenal dengan gerakan goyang gergaji pernah berkahwin dengan  penyanyi dangdut, Saipul Jamil dan pelakon serta pelawak, Taher Aldiansyah.

Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga penyanyi ini mula tersebar luas Jun lalu apabila suaminya sendiri memfailkan perceraian. Akhirnya, Dewi Perssik bercerai selepas hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan mengabulkan permohonan Angga Wijaya untuk melepaskan Dewi Perssik.

Dewi Perssik Bercerai Kali Ketiga, Akui Lega Segala Urusan Dipermudah

Ketika ditemui media sebaik sahaja tamat proses perceraian, Dewi Perssik berkongsi kepada media mengenai perasaaannya. Ujarnya,“Alhamdulillah, saya lega kerana diberi kelancaran oleh Allah SWT. Ya lebih ikhlas.”

Ads

BACA JUGA: Raffi Ahmad Beli Kereta Bernilai Lebih RM6 juta Untuk Isteri

Namun begitu siapa sahaja yang suka dengan perpisahan. Walaupun proses perceraiannya berjalan lancar, pelakon filem Tali Pocong Perawan ini meluahkan rasa terkilannya kerana sebelum ini dia berharap agar perkahwinan kali ketiganya itu adalah yang terakhir.

Ads

“Kalau nak kata kecewa, memang saya kecewa sangat sekarang. Sahabat baik kita siapa? Pasti suami kan? Begitu juga sebaliknya untuk suami pasti sahabat baik mereka adalah isteri.

“Ya saya kecewa. Saya pernah kecewa dengan yang pertama, saya kecewa dengan yang kedua, sehingga akhirnya saya menjanda selama lapan tahun dan lupa untuk berkahwin,” ujar Dewi Perssik mengimbau kembali kenangan dia menjanda selama lapan tahun sebelum berkahwin dengan Angga pada 2017.

Ads

Dewi Perssik Bercerai Kali Ketiga, Akui Lega Segala Urusan Dipermudah

Selain itu, pemilik nama sebenar Dewi Muria Agung ini turut tidak menolak jika diberikan jodoh baharu selepas ini. “Saya biarkan sahaja ia mengalir, kalau saya kata tidak nanti ada yang lebih baik diatur Allah SWT. Saya hanya ikut yang terbaik, saya ikut sahaja takdir Allah SWW, tapi tak berani juga untuk berharap,” kongsinya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI