Dewi Remaja 2018/19 : Ini Malam Haneesya Hanee Yang Punya!

Share

Haneesha Hanee dinobatkan sebagai Dewi Remaja edisi 2018/19, pada episod kemuncak yang disiarkan secara langsung saluran Astro Ria dan Ria HD, malam tadi. 

Haneesya, gadis dari Kuala Lumpur ini sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 sumbangan Dewi Remaja serta trofi. 

Tia Sara pula dijulang sebagai tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Sherin. 

Tempat keempat disandang gadis berusia 18 tahun, Anna Jobling sementara tempat kelima dimiliki Rania. 

Mahkota kemenangan disampaikan juara Dewi Remaja 20114/15, Raysha Rizrose. 

“Saya tidak sangka, bersyukur kepada para juri profesional atas kepercayaan,” kata Haneesya ringkas sejurus dijulang sebagai Dewi Remaja terbaru. 

Sembilan gadis telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja sebelum ini, malah kehadiran mereka turut mewarnai dunia hiburan tempatan. 

Dihoskan oleh Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya 

program akhir melantik Datuk Aznil dan Neelofa (Dewi Remaja 2009/10) sebagai juri yang dijemput khas sementara Datuk Hans Isaac pula sebagai juri tetap.
Published by
Rafiq Mazlan