Selepas kejayaan drama Nusyuz Berkiblat Cinta, aktres meningkat naik, Shaza Bae bakal membintangi sebuah lagi naskah terbaru yang dikatakan akan menguji kemampuan sebenarnya sebegai seorang pelakon.
Menurut Shaza atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri, dia amat teruja apabila dilamar rumah produksi, JS Pictures untuk menjayakan drama, Nikah Cerai Rujuk.
“Saya akan menjalani pengambaran drama siri 24 episod bersama dengan JS Pictures yang berjudul Nikah Cerai Rujuk. Ini adalah kali pertama saya bekerja dengan Sheila Rusli dan Jinggo.
“Saya akui ini merupakan cabaran baru bagi diri saya. Bagaimanapun, saya percaya cabaran ini akan membantu saya untuk berkembang sebagai seorang pelakon dan manusia,” katanya kepada MH.
Jelas pemenang Dewi Remaja 2019 ini lagi, meskipun pada awalnya dia berasa agak gementar, namun, dia menyifatkan kesempatan ini sebagai peluang yang sangat berharga.
Ads
“Industri ini kecil, kalau kita nak elak pun, kita akan berjumpa juga dengan orang yang sama. Saya melihat ini sebagai satu peluang berharga apabila dapat bekerjasama dengan Sheila Rusli dan Jinggo.
“Saya suka bila berlakon drama baru, saya akan bekerjasama dengan ramai orang baru. Ia merupakan satu petanda positif. Penerbit dan pengarah yang berbeza sentiasa menginginkan saya dan sedar akan kehadiran saya di industri ini.
“Walaupun ada perasaan gementar, tapi saya akan jadikan ia sebagai cabaran dan sentiasa berfikiran positif. Mungkin dengar jawapan saya macam ‘poyo’ tapi itulah hakikatnya,” ulasnya lagi.
Sementara itu, bintang berusia 26 tahun ini juga mendedahkan dia sebolehnya mahu merasai sendiri pengalaman berlakon dibawah bimbingan Jinggo dan Sheila Rusli.
Ads
“Saya sudah menjalani sesi bacaan skrip dan bertemu dengan Abang Jinggo tapi belum berkesempatan jumpa Sheila Rusli.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya dapat rasakan akan ada berbezaan sewaktu penggambaran nanti. Saya mahukan pengalaman itu.
“Orang lain boleh berkata macam-macam tentang mereka, tapi saya mahu rasai sendiri pengalaman berkerja dengan dua orang hebat ini,” kongsinya lagi.
Malah, Shaza mendedahkan dia juga ada bertanyakan kepada rakan artis mengenai persediaan yang harus dia lakukan sebelum masuk ke set penggambaran.
Ads
“Saya ada bertanya kepada Yusuf Bahrin sebab mereka pernah bekerjasama. Dia kata semuanya okay sahaja cuma disiplin kita kena tinggi.
“Saya tak risau sebab saya memang seorang yang sangat berdisiplin. Yusuf juga bagitahu, saya kena sentiasa bersedia dengan watak.
“Pada masa sama, saya juga tak sabar nak berlakon dengan mereka sebab saya nak tunjukkan yang saya merupakan pelakon yang lain daripada yang lain,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shaza Bae & Sheila Rusli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengurus kepada pelakon Wanna Ali yang dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan mengenai hantaran terkini Wanna bersama aktor Fattah Amin di Instagram yang telah mencetuskan kemarahan segelintir pihak pada Jumaat.
Menurut Yaya, hantaran tersebut telah disusun dan dimuat naik lebih awal tanpa mengetahui sebarang isu melibatkan Fattah yang dilaporkan bakal becerai dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Nur Fazura.
Katanya lagi, Wanna juga bukanlah seorang suka mengambil tahu mengenai urusan orang lain.
“Wahai netizen, tolonglah! Benda ini schedule post dan Wanna orang paling tak tahu menahu pasal apa yang jadi tentang isu sekarang.
“Jadi, jangan serang Wanna. Lepas benda ni dah post baru Wana tau pasal isu yang hangat pagi ni. Itu pun Wana tahu dari Yaya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Yaya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, hantaran tersebut hanyalah betujuan untuk mempromosikan episod drama terbaharu Lelaki Melayu Terakhir.
“Dah la ini je proper gambar Kasih dan Jazlan. Ini je la gambar yang diorang ada dan episod ni pun betul-betul keluar malam tadi
“Please korang, Wanna pun dah text personally dengan Fazura. Dia hanya buat kerja dia! ini episode malam tadi,” katanya lagi.
Terdahulu, memetik laporan BH Online, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun media sosial masing-masing.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nds.Yaya & Wanna Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Jasmin Hamid memaklumkan anak lelaki pertamanya, Lukhman Hakim telah selamat bergelar suami pada 10 Oktober lalu.
Jasmin ada berkongsi beberapa keping majlis perkahwinan anaknya bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, meluahkan rasa syukur kerana majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar.
“10 Oct 2020Syukur alhamdulillah..
Dengan izin Allah, hanya sekali lafaz, anak bujang sulong saya @lukhmanman telah sah menjadi suami kepada menantu pertama saya @fiezafizzry ..
“Saya amat bersyukur dan terharu kerana telah menjalankan amanah Allah yang di pertanggungjawabkan pada saya selepas ketiadaan kedua arwah ibubapa saya..
Semua urusan kami di permudahkan Allah.. Alhamdulillah.
“Anak saya lepas ni akan jadi MR BUDU
Kental la macamana sekalipun, jatuh juga airmata HERO pada hari pernikahan..
“Katanya sedih sebab arwah ibubapa saya tak dapat tengok dia jadi suami..,” tulisnya.
Perancangan meraikan hari lahir dan berkumpul bersama keluarga terbantut apabila kampung halaman Achey di Labis, Segamat, Johor difahamkan turut dilanda banjir.
Bagaimanapun, pelawak itu tetap gembira kerana sekurang-kurangnya dapat rasai pengalaman banjir bersama keluarga dan sanak saudara.
Malah, mereka turut menaiki kereta pacuan empat roda merentasi banjir.
“Kononnya nak berkumpul semua adik beradik .. sambut birthday n ber gathering bersama… semua balik cun2… last2 birthday kemana, gathering kemana.
“Semua kelam kabut melayan banjir… pasal first time cucu2 hamzah ni dapat tgk banjir kat kg atuk dia.
“Apa pun menghiburkan kan keluarga lebih puas terasa …kerana mereka kenal apa niat dan tujuan kita hiburkan mereka,” tulisnya.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.