“Jadi diri sendiri dan jangan ‘tune’ atau cuba untuk menjadi orang lain.” Itu pesanan Juara Dewi Remaja 2010, Neelofa buat kesemua para finalis edisi terbaru.
Terang Neelofa kepada MH, dia sudah berpeluang untuk bertemu dengan kesemua mereka ketika mengacarakan program MeleTop dan mendapati ada di antaranya yang sudah punya potensi besar.
“Saya berpeluang bertemu dengan mereka di MeleTop dan setakat ini, ada di antaranya yang kian nampak potensi. Cuma gemar saya tekankan, mereka bertuah kerana mempunyai saluran media sosial bagi mempromosikan diri,” katanya.
Ditanya apa momen paling bermakna buat dirinya, usahawan ini mengakui pada ketika itu, dia masih lagi ‘hijau’.
“Maksudnya saya tidak terikat atau terpengaruh dengan mana-mana perkara luar. Jadi bila sertainya dengan finalis lain, kami bermula segalanya serba baru. Misalnya banyak perkara yang saya mulakan sebagai peserta Dewi Remaja.
“Malah, kami ibaratnya berada pada aras dan platform yang lebih kurang sama. Jadi sebab itulah Dewi Remaja amat dekat di hati saya, sampailah sekarang.
“Saya bangga untuk menyatakan saya pernah menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja,” akhiri Lofa.
Jadi, buat peminat Dewi Remaja edisi terbaru, jangan lupa untuk menonton program realiti ini setiap Ahad, jam 10.30 malam di Astro Ria.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI