Pelakon dan juri akhir program Dewi Remaja 2022, Didie Alias tidak menafikan penampilan menarik menjadi salah satu faktor penting bagi mereka yang memasang impian untuk menyertai pertandingan dwi tahunan itu.
Menurut Didie, kriteria berkenaan sudah lama diguna pakai, malah sejak pencarian edisi pertama lagi.
“Kalau kita tengok finalis dulu pun, mereka kini masih lagi meletup, masih lagi cantik. Kalau ada yang lempar komen ‘face shaming’ kata tak lawa pada peserta terbaharu, mungkin ada yang masih belum kemaskan lagi penampilan.
“Cuma bagi saya, Dewi Remaja kena cantik tapi pada masa sama perlu bijaklah. Maksudnya, biarlah ada pakej yang lengkap. Bukanlah nak kata kena ‘cantik naw naw’, tapi biar sedap mata memandng.
“Kalau ambil yang tiada rupa, kita juga yang kena (kritik). Cantik pun suatu yang subjektif. Kalau boleh netizen pun agak-agaklah dalam berikan komen,” katanya.
Ads
Didie yang juga finalis Dewi Remaja 1990 berharap, finalis tahun ini mampu menyerlahkan personaliti masing-masing selepas ini.
“Cuma saya tengok aura mereka belum ada. Tak rasa macam ‘wow’ lagi. Mungkin sebab kebanyakannya pun masih lagi baru, ada yang awal remaja juga.
Ads
“Tapi golongan muda sekarang beruntung kerana dengan perkembangan semasa, ia membuatkan mereka lebih senang akses dengan pelbagai kemudahan.
“Misalnya kalau finalis berminat untuk terjun ke dunia seni, macam-macam platform lain yang boleh mereka cuba. Berbeza dengan zaman saya dulu.
“Tinggal lagi, mereka kenalah ada ‘the beauty of Dewi Remaja’ itu sendiri. Tengoklah alumni yang masih aktif dalam industri, dari zaman Tengku Anis, Aleeza Kassim hinggalah sekarang kebanyakan ada persona tersendiri.
Ads
Selain Didie, Datuk Aznil Nawawi dan Izara Aishah berada di kerusi juri pada malam kemuncak Dewi Remaja 2022 yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria malam tadi.
Gadis dari Sabah, Tracie Sinidol diumumkan sebagai juara Dewi Remaja edisi terbaharu.
Dalam perkembangan lain, pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri merupakan salah seorang artis yang bakal membuat persembahan bersempena Konsert Karya Agung Pak Ngah bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
Selain Ernie, Syamel,Adira dan Rojer turut membuat persembahan di samping Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 14 dan 15 November ini di Istana Budaya.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak habis lagi soal stroller RM12k, status Jihan Muse di Instagram menjadi perbualan gara-gara membincangkan soal gajah dan pelanduk.
Kenyataan mengenai pelanduk yang tersepit di tengah-tengah gajah dibayangkan netizen seolah-olah menjurus kepada kisah stroller jenama Jeremy Scott miliknya yang menjadi bualan hangat ketika ini.
“Gajah sama gajah bergasak. Pelanduk nama naik sama tersepit. Ternganga2 pelanduk taktau apa2 tapi kene heret sama. Yg satu taknak kalah yang satu taknak mengaku salah.
“Pastu taktau camne nak menang tarik hidupan lain sama terpalit. Kesian pelanduk. Penyek. Lumat,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut meninggalkan komen di ruangan komen status.
“Apa benda yang stroller? Aku cite pasal gajah. Peribahasa tu mestilah menjurus kepada situasi yang tepat.
“Tiba2 stroller apo? Tu peribahasa lain mukasurat lain lah kot. Ni gajah ulos. Sapa taktau tunggu. Jgn assume no no no. Nantilah filem terbaru,” komen Jihan.
Netizen bagaimanapun terus memberikan reaksi dan menyatakan status ‘makan dalam’ ini sememangnya punya maksud tersendiri yang cuba disampaikan.
Foto : Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tertera tujuh nombor telefon milik individu yang sama iaitu PU Azman yang dikongsikan penyanyi nasyid, Fakhrul Unic.
Jelasnya menerusi laman Instagram, sikap penceramah bebas itu yang gemar bertukar nombor telefon menyebabkan dia tidak mampu lagi untuk menyimpan nombor baru dalam telefon bimbit.
“Bkn nak bukak aib..tp ko tgkla no dia brp x dah save hahaha..jgn sampai ak tukar jd nama lola cikman wei @pu_azman.
“Kalo ada lg baru nak save apa? Sapa member korang yg asyik tukar nombor tag dia,” tulisnya.