Gegar Vaganza musim ke-11 bakal melabuhkan tirai malam ini menampilkan enam finalis yang berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Liza Aziz, Ning Baizura, Zehra Zambri, Sheila Abdull, Dyrga Dadali dan The Lima berjaya mengetepikan cabaran dari lapan peserta lain yang terlebih dahulu kecundang dalam saingan yang telah berlangsung selama lebih 11 minggu.

Cabaran saban minggu nyata memberi dimensi kepada vokal dan persembahan penyanyi-penyanyi yang sudah sedia ranum pengalamannya ini. Perubahan genre yang lari dari forte asal nyata menguji kebolehan lantas menampilkan sisi versatil mereka.

Jika dilihat daripada carta permarkahan mingguan, Liza Aziz mengungguli ‘perlumbaan’ dengan jayanya apabila berjaya menggondol kedudukan pertama sebanyak lima kali iaitu pada minggu pertama, kedua, ketiga, keenam dan ketujuh.

Manakala finalis lain pula tidak kurang hebatnya apabila masing-masing pernah bergelar juara mingguan sekurang-kurangnya sekali.

Sheila Abdul unggul pada minggu kelima, The Lima hebat pada minggu kelapan, Ning Baizura pula cukup mempesona pada minggu kesembilan, Zehra Zambri pula membuat kejutan minggu ke-10 dan Dyrga Dadali pula cemerlang pada minggu ke-11.

BACA JUGA: Lain Macam! Krisdayanti, Datuk Jamal Abdillah & Dolla Antara Hangatkan Pentas Akhir GV11, Pasha Ungu Pun Ada

Ads

Biarpun Liza dilihat sebagai pencabar utama untuk merebut gelaran juara. Namun persaingan lima lagi perserta lain tidak harus dipandang sebelah mata kerana mereka pernah mencipta kejutan tersendiri.

Malam ini setiap daripada mereka bakal menampilkan tiga persembahan berbeza menyaksikan penyampaian secara solo, duet dengan penyanyi terkenal Rantau Nusantara dan juga sesi ‘battle’ yang semestinya memperlihatkan kekuatan masing-masing dalam mengadun vokal serta kawalan pentas.

Jadi siapakah yang bakal menyusul kejayaan seperti Siti Nordiana, Datuk Aishah, Jaclyn Victor seterusnya memahat nama dalam Hall of Fame Gegar Vaganza?

Semuanya bakal terjawab malam ini jam 9 malam hanya di Astro Ria. Anda juga boleh menyaksikannya secara atas talian menerusi Astro Go dan aplikasi Sooka.

Ads

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI