Syarikat Grand Bullion Gold Sdn Bhd (GB Gold Malaysia) menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan selebriti popular, Alif Satar sebagai duta bertujuan memantapkan jalinan kerjasama dalam bidang masing-masing di negara ini.

Menerusi kerjasama itu, GB Gold yakin mampu mengukuhkan kedudukan perniagaan jual beli emas, selain dan pemilihan artis serba itu dilihat sebagai tarikan kepada orang ramai untuk memilih emas sebagai simpanan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahfizzam Moideen berkata, selepas memperkenalkan inisiatif jual beli emas merangkumi kedai fizikal dan tawaran jualan dalam talian dengan konsep patuh syariah bulan lepas, pihaknya terus menganjurkan kempen seperti memperkenalkan rekaan baharu emas gold bar dan emas dinar yang kebanyakan sebelum ini hanya berbentuk petak dan bulat.

“Alif Satar dipilih sebagai salah satu usaha GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas. Beliau terpilih bersandarkan kepada prestasi konsistennya sebagai artis serba boleh di samping mempunyai idea-idea baharu, dan positif.

“Istimewanya Alif Satar, dia selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian.

“Makah dia juga antara penyimpan emas tegar dan itu bertepatan dengan kempen GB Gold Malaysia. Alif bukan sekadar membawa jenama ini, tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menyimpan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingannya.

“Sempena lantikan Alif Satar dengan kontrak sebagai duta selama 15 bulan bermula Mac ini, kami turut melancarkan Alif gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf ‘Alif’ yang pertama di Malaysia.

Ads

“Di atas rekaan huruf itu, diukir dan tertera ‘hayya a’lal falah’ yang bermaksud marilah menuju kejayaan dan kemenangan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa & Memperkenalkan Duta Alif Satar di Forest Valley Hall, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Turut hadir pada majlis sama ialah Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi GB Gold Malaysia,  Mohd Afiq Ahmad dan Pengurus Besarnya Norhana Osman.

“Di Atas Rekaan, Tertera ‘Hayya A’lal Falah’…,” – Pertama Di Malaysia! Alif Satar Diumum Sebagai Duta GB Gold & Edisi Khas Rekaan Emas Diperkenalkan “Di Atas Rekaan, Tertera ‘Hayya A’lal Falah’…,” – Pertama Di Malaysia! Alif Satar Diumum Sebagai Duta GB Gold & Edisi Khas Rekaan Emas Diperkenalkan “Di Atas Rekaan, Tertera ‘Hayya A’lal Falah’…,” – Pertama Di Malaysia! Alif Satar Diumum Sebagai Duta GB Gold & Edisi Khas Rekaan Emas Diperkenalkan “Di Atas Rekaan, Tertera ‘Hayya A’lal Falah’…,” – Pertama Di Malaysia! Alif Satar Diumum Sebagai Duta GB Gold & Edisi Khas Rekaan Emas Diperkenalkan “Di Atas Rekaan, Tertera ‘Hayya A’lal Falah’…,” – Pertama Di Malaysia! Alif Satar Diumum Sebagai Duta GB Gold & Edisi Khas Rekaan Emas Diperkenalkan

Shahfizzam menambah, pihaknya turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang akan mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024.

Ads

“Lebih istimewa mereka yang membeli salah satu rekaan terbaharu jenama Alif Satar hari ini, berpeluang menerima hadiah emas 999.9 seberat 100 gram yang bernilai RM35,000.

“Kami akan sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran. Selain lantikan duta, kempen diteruskan dengan rekaan baharu mengikut musim, antaranya edisi khas hari sambutan jururawat, sambutan hari kemerdekaan, musim raya Aidil Adha dan sebagainya.

“GB Gold yakin kempen akan mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat namun kami akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara betul,” katanya.

Ads

Selain menawarkan kedai emas fizikal di Seksyen 13, Shah Alam Selangor, syarikatnya mendapat jualan antara tertinggi di Malaysia terutama dalam pasaran dalam talian, tiktok.

“Kepada mereka yang berminat untuk menyertai rangkaian agen GB Gold Malaysia dialu-alukan kerana model yang ditawarkan memberi pulangan yang baik.

“Selain itu, sistem yang digunakan mampu menjana pendapatan pasif, bermaksud dengan usaha sekali, hasil berkali- kali melalui konsep Referral iaitu strategi pasaran yang popular ketika ini,” katanya lagi.

Untuk informasi lanjut, boleh layari laman rasmi GB Gold Malaysia.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI