“Di Barisan Hadapan Ketika Perang Menentang Vorus Jahat Ini,” – Kongsi Foto Staf Perubatan Di Tikar Sejadah, Pu Amin Sifatkan Mereka ‘Hero’

Share

Pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah Amin (PU Amin) menerusi Instagram ada memberikan penghargaan serta dedikasi panjang lebar berkenaan dengan gerak kerja yang dilakukan warga perubatan.

Jelasnya, mereka yang disifatkan sebagai ‘hero’ kerana berada di barisan hadapan bagi mengekang penularan wabak yang sedang melanda dunia ketika ini.

Foto yang dikongsi merakamkan seorang individu bersembahyang di tikar sejadah.

“Dalam keadaan kelam kabut seperti ini , mereka adalah hero kita. Mereka adalah manusia di barisan hadapan ketika perang menentang virus jahat ini . Entah berapa lama masa mereka ada untuk bersama keluarga.

“Jasad mereka penat , letih , putus asa , habis duit dan harta. Namun mereka terus bekerja untuk menjamin keselamatan kita.

“Tikar sejadah sebagai teman . Berdoa dan terus sujud . Mengharap agar Allah menurunkan keajaiban agar dibunuh covid 19 ini,” tulisnya.

Amin pada masa sama turut meminta ramai supaya tidak mementingkan diri sendiri dan terus berdoa dan berzikir sebagai ikhtiar.

“Pada semua , jangan pentingkan diri sendiri . Jangan melancong . Duduk di rumah , jaga kesihatan , jaga kebersihan , elak berada di tempat awam . Setiap hari kes terus bertambah.

“Mungkin kerja dan kerjaya kita terjejas , tapi tak apalah untuk sebulan dua , berbanding banyak lagi mudarat dan bahaya yang akan terdedah.

“Teruskan berdoa pada Allah . Segala usaha telah dijalankan . Kini kusa Allah adalah segala galanya . Kuatkan iman , bangunlah solat malam . Buat 2 rakaat Qiyamu Lail , Allah akan turun rahmat mencurah curah.

“Berzikir Ya Latif 100x setiap kali selepas habis solat fardhu. Inshaallah Allah Maha Lembut , Allah Maha Penyembuh ! Allah akan bantu kita . Sebut kalimah Allah Allah Allah banyak kali . Takut lah pda Allah.

“Rindu majlis ilmu di surau masjid . Rindu nak tawaf nak saie di Kaabah . Rindu nak solat jemaah ramai ramai . Allah tarikh nikmat ibadah masa ini . Dikala semua pintu pintu masjid di tutup jangan kita lupa PINTU TAUBAT masih terbuka.

“Matahari belum terbit dari barat , dajjal belum keluar , Nabi Isa belum turun . Maka kerap lah bertaubat. Semoga kawan kawan semua terpelihara , saya sayang anda semua . Sayang kalian kerana Allah swt,” tulisnya panjang lebar.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan kes paling tinggi di Asia Tenggara, termasuk pesakit yang sudah pulih.

Foto: Instagram PU Amin

Published by
MH