Pengacara, Hana Ismail memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dikurnia terjadap keluarga kecilnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Hana atau nama sebenarnya Nurulhana Ismail menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

“Di Hari Jumaat Penuh Barakah Ini…,” – Kongsi Hadis Tentang Bersedih, Hana Ismail Mohon Doa Buat Keluarga Kecil

“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah diberikan buat keluarga kecil kami,” tulisnya.

Pada masa sama, bekas pengacara program Hlive itu turut memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

“Di Hari Jumaat Penuh Barakah Ini…,” – Kongsi Hadis Tentang Bersedih, Hana Ismail Mohon Doa Buat Keluarga Kecil “Di Hari Jumaat Penuh Barakah Ini…,” – Kongsi Hadis Tentang Bersedih, Hana Ismail Mohon Doa Buat Keluarga Kecil

“Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan dari kalian.

Ads

“Salam Sayang, Baba Nour, Umm Nour dan Lil Nour,” kongsinya.

Menerusi hantaran yang sama, Hana turut berkongsi hadis Rasulullah SAW tentang bersedih.

“Mata ini menangis dan hati ini bersedih. Namun, kami hanya akan menuturkan apa yang diredhai Tuhan kami. (Muhammad SAW),” kongsinya.

Terdahulu, Hana ditimpa ujian berat selepas suaminya yang juga merupakan pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Ads

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

Ads

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Hana Ismail & Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI