Walaupun sudah tidak bergelar suami isteri lagi, pelakon dan usahawan, Datuk Boy Iman tetap menyanyangi bekas isterinya, Kumala Dewi Anas.

Perkara tersebut dimaklumkan pelakon berusia 39 tahun itu apabila dia memuat naik foto throwback hitam-putih ketika sama-sama meraikan hari jadi Kumala dua tahun lalu.

Malah, Boy menyifatkan, bekas isteri ialah insan yang paling disayangi selepas ibunya.

“25hb Ogos adalah tarikh keramat bagi saya setiap tahun kerana selama 14 tahun ini pada tarikh tersebut saya akan meraikan Birthday wanita yang kedua paling saya kasihi selepas mak saya, @iamida77 seorang isteri dan mama kepada anak2 saya.

“Walaupun kini kami sudah tidak bergelar suami isteri lagi, dia dihati saya tetap sama, kasih dan sayang saya pada dia takkan berubah.

“Buat masa nilah, akan datang tak berani nak cakap.

Ads

“Jadi di hari ulangtahun kelahiran dia hari ini saya nak ucapkan selamat hari jadi, happy birthday, Allah selamatkan kamu.

“Semoga panjang umur, rezeki diberkati, sihat tubuh badan, bahagia dunia dan akhirat..ameen,” tulisnya.

View this post on Instagram

25hb Ogos adalah tarikh keramat bagi saya setiap tahun kerana selama 14 tahun ini pada tarikh tersebut saya akan meraikan Birthday wanita yang kedua paling saya kasihi selepas mak saya, @iamida77 seorang isteri dan mama kepada anak2 saya. Walaupun kini kami sudah tidak bergelar suami isteri lagi, dia dihati saya tetap sama, kasih dan sayang saya pada dia takkan berubah.. Buat masa nilah, akan datang tak berani nak cakap. Jadi di hari ulangtahun kelahiran dia hari ini saya nak ucapkan selamat hari jadi, happy birthday, Allah selamatkan kamu..semoga panjang umur, rezeki diberkati, sihat tubuh badan, bahagia dunia dan akhirat..ameen. I akan tetap menganggap u wanita yg terbaik i pernah kenal dan pernah ada. Yang sentiasa ada disisi i susah dan senang, duka dan gembira, sakit dan sihat, diuji dan menguji, bila2 masa sahaja u ada. Yang menjadikan sapa i hari ini, Yang membuatkan i gemuk, i bahagia, i hensem..u la. Jangan sekali pun u pikir i akan tinggalkan u, hilang dari u, tak jaga u kerana itu semua takkan terjadi selagi u hidup, selagi anak2 i ada dgn u termasuklah nyawa i, #norulemmer. Ni gambar 2 tahun lepas, tahun ni punya celebration antara kita dan anak2 blm lagi..otw..😁 Happy Birthday sayang, oma opa onak! U are my sunshine after the rainbow, i love u so much i love u so! #boyiman #datoboyiman #datodrboyiman #dbi

A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on

Dalam pada itu, Boy tetap menganggap bahawa bekas isterinya itu seorang yang berhati mulia dan penyanyang.

Ads

“I akan tetap menganggap u wanita yg terbaik i pernah kenal dan pernah ada.
Yang sentiasa ada disisi i susah dan senang, duka dan gembira, sakit dan sihat, diuji dan menguji, bila2 masa sahaja u ada.

“Yang menjadikan sapa i hari ini,
Yang membuatkan i gemuk, i bahagia, i hensem..u la. Jangan sekali pun u pikir i akan tinggalkan u, hilang dari u, tak jaga u kerana itu semua takkan terjadi selagi u hidup, selagi anak2 i ada dgn u termasuklah nyawa i, #norulemmer.

“Ni gambar 2 tahun lepas, tahun ni punya celebration antara kita dan anak2 blm lagi..otw..Happy Birthday sayang, oma opa onak! U are my sunshine after the rainbow, i love u so much i love u so!,” akhiri Boy.

Ads

Terdahulu, Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman turut merakam foto bersama peguam Syariah, Dato Zaidi bagi mengendali kes perceraiannya di Instagram.

Sebelum ini, Boy dan isteri pernah bercerai dua kali iaitu pada 2015 dan 2017, namun kembali rujuk semula sebelum habis tempoh edah.

Untuk rekod keduanya berkahwin pada 11 November 2011 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Norul Emmer yang kini berusia enam tahun.

Kumala sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata perempuan Ku Ivy Emmera berusia 19 tahun.

Foto : Instagram Boy Iman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI