Yasin Sulaiman

Mengumpamakan ada sesetengah kata-kata netizen di media sosial seperti haiwan keldai, lembu, anjing dan babi, Yasin Sulaiman menjelaskan, tiada keperluan untuk mengambil pusing apa yang diperkatakan di ruang komen.

Tulisnya menerusi Instagram, adalah lebih molek andai disapa dengan ucapan salam dan tidak lebih daripada itu.

Di kalangan netizen ada keldai, lembu, anjing dan babi. Pastinya kita tak ambil pusing pun dengan kenyataan-kenyataan mereka.

"Kenapa? Saya bagi contoh. Kita tengah drive kereta, tiba-tiba tanpa bagi salam lembu lintas jalan dan kita pun terkejut dan tekan brek. Adakah kita akan melenting dan maki lembu itu? Tidak. Sebab kalau kita buat macam tu, kita pun jadi lembu.

Ads

“Contoh dua. Kita tengah jogging dengan aman dan tenteram. Tiba-tiba anjing jiran menyalak kat kita. Kita pun terkejut dan terganggu. Adakah kita akan menyalak balik kat dia? Tidak. Kita bukan anjing.

"Contoh babi, di mana ada babi kita pun semua lari. Kalau keldai itu, bodoh. Kita tidak berdialog dengan orang-orang jail. Ucapkan salam sahaja,” tulisnya.

Ads

keldai, lembu, anjing & babi.

A post shared by Yasin Sulaiman | Malaysia (@yasinsulaiman) on Oct 16, 2019 at 4:01am PDT

Ads

Muat naik penyanyi ini bagaimanapun menerima pelbagai reaksi netizen.

“Di Kalangan Netizen Ada Keldai, Lembu, Anjing Dan Babi,” – Yasin Sulaiman Pesan Jangan Berdialog Dengan Orang Jahil

“Di Kalangan Netizen Ada Keldai, Lembu, Anjing Dan Babi,” – Yasin Sulaiman Pesan Jangan Berdialog Dengan Orang Jahil

Foto : Instagram Yasin Sulaiman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI