Pelakon, Serina Redzuawan yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta 18 Mac lalu meluahkan kerinduan yang tiada berpenghujung di laman Instagram miliknya.
Wanita ini menjelaskan ibunya sudah lama menderita sakit, dan sewaktu tenat, arwah masih sempat berpesan, menghulurkan sedekah kepada anak-anak tahfiz.
Lebih syahdu, jelas Serina, sewaktu hidup, arwah cukup sayang pada kucing dan sering memberi haiwan comel itu makan dan mungkin atas asbab berkenaan, sebelum dikebumikan, masjid dipenuhi dengan kucing yang turut menemani dan menjaga jenazah.
“Rindu yang tiada berpenghujung, darah dagingku mengalir darahmu Ibu. Tenanglah di alam abadi, sudah lama mama menderita sakit. Mama rehatlah dengan tenang, Rina redha pemergian mama.
“Moga segala amalan yang mama lakukan menjadi bekalan di akhirat, Mama,Kak Natrah penjaga mama ada bagi tau di saat mama sakit tenat pun mama masih ingat minta dia hantarkan sedekah pada anak anak tahfiz. Allahuakhbar! Rina bangga jadi anak mama.
“Mama sayang pada kucing kucing, selalu kasi makan kucing sampaikan di masjid kucing penuh tunggu mama jaga jenazah mama sebelum di kebumikan. I Love u so much!
“Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Ibu Serina (HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH),” luahnya panjang lebar.
Terdahulu, bekas isteri Datuk Chef Wan itu meninggal dunia di Hospital Ampang, kerana komplikasi buah pinggang dan jantung.
Foto : Instagram Serina Redzuawan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI