Penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi tidak menafikan dia memikul tanggungjawab besar dalam mempersembahkan yang terbaik menerusi lagu Di Matamu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).
Anugerah muzik berprestij yang bakal bersiaran secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil Februari depan menyaksikan lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu bakal bersaing dengan 11 lagu terbaik lain bagi merebut gelaran AJL33.
Berkongsi perkara tersebut dengan lebih lanjut, Sufian mengakui rasa lega dan gembira kerana lagu tersebut dipilih juri profesional untuk bersaing di pentas terulung itu.
“Rasa lega, gembira dan saya rasa macam lagu Di Matamu dah jadi lagu sedih yang sinonim dengan rakyat Malaysia untuk tahun 2018. Malah sinonim dengan nama Sufian Suhaimi itu sediri.
“Orang dah lupakan lagu Terakhir dan sekarang ingat dengan ini,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah faktor yang membawa lagu ini menjadi viral dan kekal didengari hingga kini, penyanyi tersebut mengakui kekuatan melodi dan lirik menjadi pemangkin utama.
“Mungkin disebab oleh melodi, lirik atau pun cerita di sebalik lagu tersebut membuatkan ramai yang minat. Tapi semestinya peminat mahu melihat suatu persembahan yang bertaraf antarabangsa di AJL nanti.
“Inilah tanggungjawab yang saya perlu bawa dengan baik, insyaAllah,” terang Sufian yang turut mengikuti kelas vokal bagi memantapkan vokalnya di AJL bulan hadapan.
Foto: Instagram Muzik-Muzik/ Sufian Suhaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Akui Rutin Hidup Sudah Berubah, Pengurus Turut Dedah Persiapan Tok Ti Menjelang Konsert Di Singapura
Terbaru, pengurus kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Katanya, penyanyi lagu Anta Permana itu sudah pun berubah jadual serta rutin harian sejak bergelar ibu.
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.”
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau.”
“Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk. .”
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.”
“Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar.”
“Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyah dan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.”
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati ( walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu.”
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha.”
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini.”
“Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Rozi pada masa sama turut meluahkan rasa hormat kepada bintang terkenal itu yang sentiasa komited dengan kerjaya nyanyian.
Malah dia turut mendedahkan, selalu berpendirian untuk sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk peminatnya.
Lantas, video yang dimuat naik oleh Rozie telah mendapat perhatian dan pujian peminat, sementelah melihat gelagat Aafiyah yang sangat comel.
Amboi Aafiyah, bukan main ceria and seronok betul bila dapat jumpa ibunya ya?
Video : Instagram Rozi Abdul Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolong Doakan Berat Saya Turun Lagi 12Kg,” – Berat Sekarang Hampir 82Kg, Ini Yang Anuar Zain Akan Lakukan!
Sekian lama menyepi dari sebarang produk muzik baru, penyanyi, Anuar Zain mengakui rindu untuk kembali beraksi di atas pentas.
Namun, ulasnya berat badan yang mencanak naik adalah satu masalah besar yang harus disingkirkan, sebelum kembali aktif secara total.
Menjelang usia 49 tahun, tambahnya lemak mula ‘bermesra’ sehingga berat badannya naik 12 kilogram.
“Waktu umur 40 hingga 43 tahun berat badan saya memang ideal. Bila masuk 45 tahun, boleh dikatakan ‘hello lemak’. Memang saya harus lakukan sesuatu. Tapi tak mahulah terlalu kurus.
“Jadi nak dekat bulan puasa, selalunya saya akan hilang berat. Berat saya sekarang 81.6 kilogram.
“Memang tidak gemuk tapi saya rasa berat. Susah bila ada ‘one pack’, tidak selesa,” katanya sambil ketawa kepada MH.
Sementara itu ibarat diam ubi berisi, ulas penyanyi Lelaki Ini sekarang mengakui dia kini aktif menjual produk kecantikan, Allevier by Anuar Zain.
Ulasnya, sebagai selebriti, dia harus sentiasa tampil bersih dan kemas dengan menggunakan produk terbaik.
“Saya kena jaga penampilan kerana peminat seringkali bertanya produk apa yang saya pakai.
“Jadi sebab itulah terjadinya projek ini. Harap semuanya berjalan lancar, insyAllah,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Rangsang Deria Anak, Bekas Isteri PU Abu, Ain Afini Pertama Kali Bawa Adam Aysar Berenang
Bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu, Ain Afini meluangkan masa bersama anaknya, Muhamad Adam Aysar di kolam renang baru-baru ini.
Kongsinya, itu merupakan kali pertama bayi berusia enam bulan itu melakukan aktiviti berkenaan.
Malah, Ain turut berkongsi beberapa tips keselamatan ketika anak sedang mandi kolam.
“First time umi try bawak adam aysar mandi swimming pool sebab dia suka sangat air.
“Selalu mandi kat bath tub je kan itu pun kalau umi ada, kalau tak dekat sinki jelah dengan tokabah.
“Abang ali dah terjerit-jerit dah nampak air. Sukaaa betul anak sorang ni,” tulisnya.
Ain pada masa sama turut berkongsi tips perkara yang perlu dibuat si ibu sebelum mengikuti sesi berenang untuk si anak kecil.
“Make sure standby susu suam kalau bagi susu botol sebab bila swimming dia cepat lapar, kat sebelah kita kene ada tuala sebab ain masukkan dia sekejap2 je then angkat balut dengan tuala bagi tak sejuk.
“Kalau ada mainan bunyi2 boleh bawa bagi baby relaks sikit.
“Ain tak terus lepas dia, pegang dulu bagi dia selesa. Dah nampak selesa baru lepaskan sekejap je then pegang balik. Hihi okay lah tu bagi merasa sikit, rangsang semua deria baby ni.
“Apa pun safety first! Alhamdulillah everything went well,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by عين عفيني (@ainafini_) on
Disamping itu, Ain turut berkongsi foto bersama Adam di Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by عين عفيني (@ainafini_) on
Terdahulu, PU Abu telah menjatuhnya talak kepada Ain pada 16 Mei lalu (ketika itu Ain hamil tujuh bulan).
Hasil perkongsian itu, Ain dan Abu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adam Aysar yang kini berusia enam bulan.
Abu kemudian berkahwin dengan Hana Azraa yang kini sedang hamil peringkat kedua (second trimester).
Foto : Instagram Ain Afini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI