Di Matamu Viral Teruk. Jom Tengok Tok Sidang Menyanyi… Penuh Yakin Ya!

Share

Nampaknya Di Matamu menjadi trending hari ini gara-gara persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu menjadi perbualan ramai pihak.

Apa yang menarik, di laman sosial, selebriti Malaysia turut sama memuatnaik gaya masing-masing menyanyikan Di Matamu.

Paling win, sudah tentu Tok Sidang atau Jinggo. Walaupun lirik ke laut, namun apa yang penting, keyakinan.

Ada pula yang kata, versi syair yang dimuatnaik setaraf dengan persembahan Sufian Suhaimi di AJL semalam. Lebih sedih daripada versi asal. Amboi.

Nyanyian Jinggo bersama Sheila Rusly, Naim Daniel dan Zara Zya cukup rasa. Ada yang harap mereka masuk AJL tahun depan. 

Sufian dilihat turut meninggalkan komen “Steady tok sidang

’ dan dibalas “so sincere.. lagu laa bukan kejadian sebenar” oleh pengarah Leftenan Zana ini.

Foto – Instagram Jinggo

Published by
Noraini Abd Wahab