Berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 di Pantai Cenang, Langkawi pada 27 Oktober lalu, selebriti Alif Satar berpuas hati dengan percubaan kali pertamanya itu.

Meski terpaksa menempuhi cabaran selama 15 jam sebelum sampai ke garisan penamat, ia bagaimanapun nyata tidak menjadi pengahalang buat pemilik nama penuh Muhammad Alif Mohd Satar itu untuk menunaikan solat pada sesi kejohanan.

Malah, penyanyi lagu I Want You To Love Me itu juga menyifatkan bahawa solat memberi ketenangan kepada dirinya.

“Di saat badan kau tak ada apa-apa, apabila kau solat, kau rasa macam satu benda yang baru.

“Apabila nak rukuk, rasa badan jadi renggang. Apabila sujud, darah di kepala rasa fresh, apabila duduk di antara dua sujud, kedua-dua kaki dan tangan rasa renggang balik.

Ads

“Rasa macam entahlah sukar nak ungkap. Satu benda yang kau buat hari-hari,tapi bila kau buat disaat kau tak ada apa-apa , ia seperti penyelamat untuk kau,” antara perkongsian hos Big Stage ini syahdu.

Rakaman tersebut turut dikongsikan Alif menerusi Instagram sementara versi penuhnya pula dimuat naik di saluran YouTube rasminya.

Serentak dengan perkongsian itu, rata-rata peminat meninggalkan reaksi kagum dan positif. Malah, golongan selebriti juga tidak ketinggalan memberikan kata semangat buat bintang berkenaan.

Ads

“Di Saat Badan Kau Tak Ada Apa-Apa, Bila Kau Solat Kau Rasa Macam…,” – Alif Satar

“Di Saat Badan Kau Tak Ada Apa-Apa, Bila Kau Solat Kau Rasa Macam…,” – Alif Satar

“Di Saat Badan Kau Tak Ada Apa-Apa, Bila Kau Solat Kau Rasa Macam…,” – Alif Satar

Ads

Terdahulu, ada segelintir netizen yang mempersoalkan sama ada peserta triaton itu sempat menunaikan solat atau sebaliknya sepanjang acara itu berlangsung.

Lantas, Alif ada memberikan respon terhadap persoalan tersebut dan menjelaskan bahawa penganjur telah menyediakan ruang khas untuk atlet Muslim.

Foto: Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI