Isu hangat yang melibatkan pelakon Rozita Che Wan sebelum difahamkan memberi impak kepada kerjayanya.

Ini kerana menurut Rozita, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 52, ada beberapa jenama mengambil keputusan untuk membatalkan tawaran walaupun persetujuan telah dicapai.

“Rezeki untuk saya. Di saat isu saya yang tengah panas, banyak brand yang telah confirm tapi berlalu sepi,” katanya ringkas.

Rozita berkongsi perkara tersebut ketika Sidang Media Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Khamis.

Menerusi acara pertunjukan fesyen itu, Rozita merupakan wajah bagi tampil koleksi Ariani Luxe 2025.

Ads

Pelakon Kiah Pekasam itu bagaimanapun, meluahkan rasa syukur apabila jenama berkenaan sudi memberi kepercayaan untuk bekerjasama.

“Ariani beri saya peluang untuk berada di sini. Saya rasa bersyukur dan bertuah.

“Antara ramai selebriti, saya yang dipilih. Harap kolaborasi ini dapat memberi impak yang terbaik,” katanya lagi.

Ads

Rozita bagaiamanapun tidak dapat bercakap lama bersama media kerana perlu menjalankan sesi raptai pertunjukan fesyen jenama berkenaan.

Terdahulu, nama ibu kepada tiga cahaya mata itu sebelum ini menjadi bualan ramai susulan dia didakwa gagal membayar hutang hampir RM1 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pihak Mara menyerbu banglo milik pelakon itu pada 10 Disember tahun lalu bagi tujuan penyitaan.

Ads

Bagaimanapun pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon itu ditangguhkan selepas dia membuat sebahagian pembayaran hutang Mara sebanyak RM550,000.

Manakala bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh tiga bulan iaitu sebelum penghujung Mac 2025.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI