Nama-nama selebriti tempatan seperti Bront Palare, Iedil Putra dan Baby Shima sememangnya sudah mendapat tempat di hati peminat seni Indonesia menerusi karya mereka masing-masing.

Kejayaan anak-anak seni tempatan itu secara tidak langsung telah menjadi pemangkin semangat buat pelakon meningkat naik, Anna Jobling untuk turut melebarkan sayapnya di negara seberang itu.

Menurut Anna, dia tidak kisah untuk berhijrah ke Indonesia seandainya diberi peluang untuk berlakon di sana.

“Di Sana Mungkin Ada Perkara Dianggap Biasa Tapi…,” – Anna Jobling Tahu Jaga Batas, Tak Mahu Guris Hati Peminat Malaysia

“Di Sana Mungkin Ada Perkara Dianggap Biasa Tapi…,” – Anna Jobling Tahu Jaga Batas, Tak Mahu Guris Hati Peminat Malaysia“Untuk pindah selamanya di sana, mungkin tidak. Tapi saya tidak tahu perancangan masa depan saya macam mana. Kalau ada rezeki tak ke mana. Saya tak kisah untuk tinggal di Indonesia tapi apapun, saya tetap akan balik.

“Keluarga saya masih ada lagi di sini. Sebelum ini, kalau saya balik England pun, saya tetap nak balik ke Malaysia juga,” katanya kepada MH.

Dijadualkan bakal berkunjung lagi ke Indonesia pada bulan ini, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman memberitahu, dia akan sentiasa menjaga batas dan nama baiknya sepanjang berada di sana.

“Di Sana Mungkin Ada Perkara Dianggap Biasa Tapi…,” – Anna Jobling Tahu Jaga Batas, Tak Mahu Guris Hati Peminat Malaysia “Di Sana Mungkin Ada Perkara Dianggap Biasa Tapi…,” – Anna Jobling Tahu Jaga Batas, Tak Mahu Guris Hati Peminat Malaysia

Ads

“Saya sentiasa berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri saya, kalau saya buat sesuatu perkara itu, apa tanggapan orang terhadap diri saya. Walaupun saya dekat Indonesia, hati saya masih lagi Malaysia.

“Saya kena fikir juga apa orang di sini akan fikir terhadap diri saya. Mungkin di sana ada sesetengah perkara itu dianggap biasa, tapi di sini tidak. Saya akan sentiasa menjaga batas dalam setiap perbuatan saya.

“Mak dan ayah pun selalu berpesan untuk sentiasa menjaga diri kerana Indonesia dan Malaysia adalah dua tempat yang berbeza,” jelasnya lagi.

“Di Sana Mungkin Ada Perkara Dianggap Biasa Tapi…,” – Anna Jobling Tahu Jaga Batas, Tak Mahu Guris Hati Peminat Malaysia

Ads

Ketika ditanya adakah dia gembira dengan perjalanan kerjaya seninya ketika ini meskipun terpaksa menunggu waktu yang agak lama untuk namanya dikenali, ini reaksi yang diberikan oleh bekas peserta Dewi Remaja 2018 itu;

“Saya tak pernah berasa kecewa kerana saya ini seorang yang suka buktikan orang lain salah. Kalau orang kata saya tak boleh pergi jauh, tak mengapa. Korang sabar je kejap.

“Saya akan buktikan tanggapan orang lain tu salah. Saya percaya, kalau saya bekerja keras dan memantapkan mutu lakonan, saya boleh berjaya.

“Walaupun dalam sekelip mata nama saya dikenali sampai ke Indonesia, saya berpandangan ia bukan sekadar tuah tetapi kerja kerasa saya selama ini. Segalanya berlaku sangat pantas.

Ads

“Pengurus dan keluarga pun tak pernah putus ada dengan saya. Jadi, saya merasakan perjalanan kerjaya saya sangat berbaloi,” akhirinya.

“Di Sana Mungkin Ada Perkara Dianggap Biasa Tapi…,” – Anna Jobling Tahu Jaga Batas, Tak Mahu Guris Hati Peminat Malaysia

Terdahulu, Anna akan membintangi sebuah projek teater yang berjudul Maduku Terpaling Kalut.

Edisi ketiga teater ini akan dipentaskan mulai 29 September hingga 2 Oktober di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya.

Selain Anna, teater ini turut membariskan pelakon baharu dan lama iaitu Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Anna Jobling

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI