Pelakon Siti Elizad kini sedang sibuk menjalankan pengambaran lakonan untuk sebuah drama yang berjudul Nia Athirah.
Terbaru, pelakon Siti Elizad atau gemar dikenali sebagai Elizad telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Elizad telah memberitahu kepada pengikutnya di Instagram bahawa dia mengalami kecederaan kecil di bahagian siku tangan gara-gara terkena pelurus rambut eletrik (straighten hair electronic).
“Disebalik senyuman , sila swipe ke tepi . Hati pedih , jiwaaaa sedihhhh ! Pedihhh bebenor terkena iron rambuttt ! Camne nak hilangkan sebelum dia menggelembung #niaathirah #akuyangkautinggalkan@elizad_team” tulisnya.
Di ruangan kapsyen gambar tersebut, pelakon yang berusia 34 tahun itu juga turut bertanya kepada peminat untuk meminta tips mengubati kecederaan kecil yang dialaminya itu.
Ads
Lalu, rata-rata rakan artis dan peminat Elizad sangat bersikap prihatin dan berkongsi tips tersebut dengan Elizad.
Ads
MH mendoakan supaya Elizad cepat sembuh dari kecederaan kecil itu dan sentiasa untuk berhati-hati di masa akan datang.
Foto : Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha enggan mengulas lanjut mengenai sekeping foto dukung bersama tunangannya, Aidil Aziz yang dimuat naik bintang berkenaan menerusi Instagram, beberapa hari lalu.
Malah, Fasha lebih selesa untuk berdiam diri dari terus memberikan kenyataan, memandangkan dia sendiri sudah memberikan reaksi kepada beberapa pengguna Instagram yang meninggalkan komen pada gambar tersebut.
“No komen, saya lebih selesa cakap no komen saja terhadap gambar ‘lambung’ itu. Bagaimanapun saya tetap dengan prinsip tidak akan padam gambar berkenaan kerana itu adalah sebahagian daripada kerja,” katanya.
Ditanya mengenai khabar angin yang membayangkan dirinya dikatakan menerima bayaran lumayan bagi menjayakan projek Bizzi Boddy x Fasha Sandha di bawah payung AS Legacy, ini respon Fasha;
“Saya juga tiada komen terhadap hal itu. Apa pun bagi saya itu rezeki pembuka untuk tahun ini, InsyaAllah” jawab Fasha ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-40 Datuk Seri Siti Nurhaliza di PWTC, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua cahaya mata ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbarunya, Patah Sayap Bertongkat Paruh di samping Datuk Aaron Aziz.
“Ia untuk slot mega drama di Astro, alhamdulillah sebab pihak mereka tidak putus-putus memberi peluang untuk bekerjasama. Saya bersyukur kerana rezeki tidak putus, dijangka habis penggambaran sekitar Februari.
“Selain itu, saya juga sudah menerima beberapa tawaran lakonan lainnya, tetapi sedang meneliti skrip, masih di peringkat perbincangan,” akhiri penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2017 lalu ini optimis.
Foto: Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh terkenal, Ryan Bakery sememangnya sudah senonim sebagai pembikin konten yang selalu membawakan isu berkaitan ragam masyarakat.
Terbaharu, Ryan telah memuat naik sebuah konten mengenai ragam petugas kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di hospital.
Video berkenaan telah mendapat sambutan luar biasa sehingga meraih lebih tujuh juta tontonan di aplikasi Tik Tok.
Ketika ditemui media, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery mendedahkan video berkenaan telah mengundang kemarahan segelintir pihak yang kurang senang dengan kontennya itu.
Menurut Ryan, video tersebut bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan pengalaman yang pernah dilaluinya sepanjang hidup.
“Memang ramai yang marahkan saya bila saya buat video mengenai pekerja hospital yang menjaga kaunter itu. Malah, ramai juga yang follow akaun Tik Tok saya disebabkan video tersebut.
“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat.
“Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya kepada MH.
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia yang berlangsung di sebuah premis acara di Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Ryan turut mendedahkan ada juga segelintir pihak yang menegurnya sehingga ke ruangan direct message (DM).
“Ia merupakan pengalaman saya sepanjang berjumpa dengan orang.
Namun, saya jadikan isu tersebut sebagai hiburan sahaja dan bukan untuk menyerang mana-mana pihak.
“Bila ada yang DM dan menegur saya mengenai video kaunter hospital itu, saya muat naik satu Instagram Stories dan terangkan semula kepada mereka secara baik.
“Saya bagitahu yang saya tiada niat nak menghina dan saya hanya lakonkan semula ragam manusia di Malaysia ini. Konten ini ada pelbagai jenis. Mungkin nanti kita buat video fasal polis yang jaga roadblock pula,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ryan yang mempunyai jumlah pengikut memcecah empat juta di Tik Tok juga teruja apabila namanya tercalon untuk beberapa kategori di Tik Tok Awards Malaysia 2023.
Menurutnya, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi sebaliknya gembira dengan program-program yang meraikan dan menghargai para pembikin konten.
“Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga, syarikat pengurusan, kawan-kawan dan pengikut di media sosial, saya berjaya sampai ke tahap ini. Tanpa mereka, hal ini mungki tidak akan berlaku.
“Bila nama tercalon, siapa sahaja yang tak seronok. Bagi saya, nama tercalon pun saya sudah bersyukur.
“Saya tak meletakkan sangat harapan untuk menang. Kalau berharap sangat, nanti tak dapat, kita pula yang sedih. Saya follow the flow sahaja. Kalau ada rezeki, kita menang. Kalau tiada, kita cuba lagi,” akhirinya.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“‘Look’ dia memang macam ni. Tapi kalau nak dikatakan seksi bagi saya tidaklah sangat. Kaki jer pun… Tak kan kaki pun nak tergoda.”
Demikian kata penyanyi muda, Vanessa Ben Reynauld sebagai mengulas dakwaan segelintir netizen yang menyifatkan penampilannya di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) tempoh hari sebagai seksi susulan ‘skirt’ belah yang dikenakan.
Vanessa, 22, berkata, soal imej terpulang kepada individu dan baginya apa yang digayakan tidaklah terlalu mencolok mata.
“Terpulang kepada individu itu bagaimana mereka mahu serlahkan penampilan. Untuk saya sendiri, memang suka mencuba (pemakaian). Tidaklah yang terlalu seksi, cuma kebelakangan ini, saya rasa lebih yakin untuk lebih berfesyen dalam penampilan.
“Kalau netizen nak bataskan perkara itu terhadap saya, rasanya ia tidak patut. Jadi apa yang saya pakai selagi tidak melampau, saya okay saja,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berkongsi mengenai kemenangannya sebagai Artis Baru Terbaik AIM23, Vanessa mengakui tidak meletakkan harapan besar, apatah lagi rakan seangkatan yang bersaing mempunyai kehebatan tersendiri.
“Bila dengar nama diumumkan saya terkejut. Tak tahu bagaimana untuk beri reaksi ketika itu. Bila nampak penonton rasa menangis dan baru tahu ini ‘real’. Sudah tentu penghargaan ini sesuatu yang bermakna pada saya sebab jujurnya saya sudah lama mahu diterima.
“Saya tidak jangka sebab macam yang kita semua tahu, AIM memberi fokus kepada kualiti dan diadili juri yang profesional. Bukan bersandarkan kepada populariti semata-mata. Disebabkan hal itu, saya memang tidak dapat teka siapa yang akan menang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!