Di Sebalik Sepasang Mata Cantik Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Kongsi Rutin Sihat Pada Usia Setengah Abad

Share

Dalam ramai yang memuji kecantikan dan keanggunan Neelofa, ramai juga yang terpegun dengan aura positif yang dimiliki individu pembakar semangat di belakang usahawan sukses itu iaitu ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed. Rata-rata netizen mengakui kecantikan Neelofa diwarisi dari raut jelita milik ibunya itu.

Berkongsi mengenai rutin penjagaan dirinya kepada MH, wanita berusia 53 tahun ini mengakui mengamalkan meminum air putih setiap hari, khususnya setelah bangkit daripada tidur.

“Setiap kali bangkit, mesti minum air putih meski belum gosok gigi,” katanya dalam nada seloroh. Tambahnya lagi, dia ada terbaca di dalam sebuah artikel mengenai kepentingan mengambil air putih selepas bangun tidur dalam kehidupan harian.

 

“Lepas bangun perlu minum. Begitu juga selepas mandi,” kongsinya yang turut melakukan senaman berjalan kaki selama 30 minit jika berkesempatan bagi mengekalkan stamina.

Ditanya mengenai sepasang mata cantik yang dimiliki Datin Kartini, ibu kepada sembilan anak ini secara spontan mengakui apa yang dianugerahkan semuanya adalah rahmat dariNya.

“MasyaAllah ini semua adalah anugerah Allah SWT. Kalau di sebelah bapa saya kurang pasti sebab semasa mereka ke Malaysia saya tak dapat tengok salah silah keturunan mereka. Bagaimanapun, sebelah ibu, nenek saya bermata biru. Ibu saya matanya warna normal tetapi adik perempuannya bermata kehijauan. 

 

“Alhamdulillah, ini rezeki dariNya. Kata orang, keunikan sedemikian adalah berdasarkan dari skip generation. Kalau anak tak dapat, cucunya mungkin dapat. Jadi kami ni dapatlah tempiasnya sikit,” akui Datin Kartini merendah diri.

Diajukan persoalan sama ada nanti mungkin anak Neelofa pula yang bermata biru apabila mendirikan rumah tangga kelak, Datin Kartini hanya tersenyum lalu sambil menyebut ‘Amin…InsyaAllah…’.

Terkini, Datin Noor Kartini merupakan pengasas kepada produk Young & Glow Foundation.

 

Foto: Instagram Datin Noor Kartini

Published by
Rafiq Mazlan